Pages

Wednesday, 7 January 2015

JURUTEKNIK DITAHAN SEBAR BERITA PALSU

Mazlan menunjukkan bukti penyebaran maklumat palsu oleh suspek.

KOTA BHARU - Seorang juruteknik sebuah syarikat swasta dari Kuantan, Pahang ditahan polis selepas dipercayai menyebar berita palsu berkait bencana banjir di Kelantan, baru-baru ini.

Lelaki berusia 37 tahun terbabit ditahan pegawai dan anggota dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan di rumahnya di Kuantan pada jam 10 pagi, kelmarin.

Ketua Polis negeri, Datuk Mazlan Lazim berkata, penahan dibuat selepas lelaki berkenaan dipercayai mereka cerita dan menyebarkan berita tidak benar di laman sosial Facebook.

Katanya, berita palsu berkenaan menjadi viral di laman sosial berkenaan selepas ia dimuatnaik suspek pada 27 Disember lalu.

“Dalam tulisannya, suspek menfitnah dengan dakwaan sebuah NGO dari PMIUM yang dalam perjalanan menghantar barang ke Kuala Krai disekat oleh peguatkuasa polis dan JPAM.

“Dakwannya lagi, sekatan dibuat untuk melekatkan label sebuah parti,” katanya.

Susulan itu, satu laporan polis dibuat terhadap suspek pada 29 Disember menyebabkan pihak berkuasa mengambil tindakan menahannya.

Sementara itu, Mazlan berkata, seorang lagi lelaki berusia awal 30-an diburu polis bagi membantu siasatan berhubung penyebaran satu lagi berita palsu mendakwa ada mayat bergelimpangan di Guchil, Kuala Krai yang disebar melalui aplikasi WhatsApp.

“Lelaki ini berasal dari utara tanah air dan dikesan mereka cerita berkenaan dan menjadikannya sebagai viral pada 27 Disember lalu,” katanya.
SH

No comments:

Post a Comment