Kuala Lipis: Seorang wanita melecur seluruh badan selepas disimbah asid oleh suaminya, dalam kejadian di sebuah rumah kongsi, di bandar ini, malam tadi.
Dalam kejadian kira-kira 11 malam, mangsa berusia 30 tahun yang juga warga Indonesia mengalami kecederaan parah di badan dibantu jiran sebelum dikejarkan ke Hospital Kuala Lipis untuk mendapatkan rawatan.
Ketua Polis Daerah Kuala Lipis Superintendan Abdul Razak Hassan berkata, sebelum kejadian, pasangan itu dipercayai bertengkar kerana masalah peribadi yang gagal diselesaikan dengan baik.
"Suspek yang juga warga Indonesia kemudian mengambil sebotol cecair mengandungi asid dan mengarahkan mangsa meneguk namun isterinya enggan berbuat demikian," katanya.
Beliau berkata, suspek dan mangsa bergelut sebelum lelaki itu mencurah cecair berkenaan ke seluruh badan mangsa mengakibatkannya menggelupur menahan kesakitan.
Katanya, suspek yang turut cedera melarikan diri sebelum berjaya ditahan di Raub.
hmetro
No comments:
Post a Comment