Pages

Monday, 19 January 2015

CETUS ARTIKEL KETAKUTAN ORANG RAMAI : BLOGGER MILOSUAM DIKENAKAN HUKUMAN PENJARA 2 TAHUN


Yusuf al-Siddique, seorang blogger yang kendali blog pro Pakatan, Milosuam.blogspot.com dikenakan hukuman penjara dua tahun kerana menulis artikel yang cetus ketakutan orangramai semasa pencerobohan puak Sulu di Lahad Datu,Sabah


Mahkamah Majistret di Kota Kinabalu menjatuhkan hukuman itu Isnin setelah dia didapati melakukan kesalahan itu dalam artikelnya bertajuk "Maklumat sulit: Pendatang asing bakal cetus huru-hara di Sabah" yang disiar pada 6 Mac 2013.

Dia didakwa Jun lalu dibawah Seksyen 505 Kanun Keseksaan.

Mahkamah bagaimanapun membenarkan penangguhan hukuman hingga hingga proses rayuan selesai.
AgendaDaily

No comments:

Post a Comment