Pages

Tuesday, 13 January 2015

BERITA TERGEMPAR !!! PR DAPAT SEBUAH NEGERI LAGI


Banjir besar yang melanda negara khususnya Kelantan telah menyebabkan PR memperolehi sebuah lagi negeri. Bagaimanapun, negeri itu tidak bertanah, disebabkan tanah selut yang dihanyutkan oleh air banjir masih tidak mencukupi untuk membina sebuah pulau. Negeri itu juga tidak mempunyai rakyat yang ramai sekira-kira cukup 40 orang untuk mendirikan solat Jumaat.

Oleh kerana negeri itu tidak mempunyai tanah, maka segelintir pemimpin PR yang begitu obses untuk menawan Putrajaya menamakan negeri itu sebagai KAYANGAN DARUL HIJRAH. Kepimpinan negeri Kayangan Darul Hijrah dijangka akan diumumkan sedikit masa lagi, terdiri dari parti PASMA yang akan menganggotai PR pada bila-bila masa.

Meskipun negeri Kayangan Darul Hijrah ini masih baru, tetapi negeri ini telah mengumpul aset kekayaan yang banyak. Sebenarnya aset negeri Kayangan Darul Hijrah ini telah pun diperolehi sebelum PRU ke 13 lagi dengan sumbangan daripada seorang hartawan bernilai satu juta. Jumlah aset negeri ini terus bertambah selepas banjir seumpama air hujan yang mencurah-curah.

Daripada sumber-sumber yang tidak mahu didedahkan namanya, peruntukan RM 1 juta dari MB Selangor, yang replika ceknya diserahkan kepada kerajaan negeri Kelantan Darul Naim telah dibahagikan samarata dengan kerajaan negeri Kayangan Darul Hijrah. Dengan pengertian lain Kerajaan Negeri Kelantan hanya memperolehi RM500 ribu untuk membantu mangsa banjir.

Berita yang terbaru diperolehi oleh Buletin Negeri Kayangan Darul Hijrah, menyatakan bahawa kerajaan Pulau Pinang juga telah memberi bantuan sama rata antara kerajaan negeri Kelantan Darul Naim dan kerajaan negeri Kayangan Darul Hijrah. Sumber itu juga menyebut, parti PASMA yang menunjangi kerajaan negeri Kayangan Darul Hijrah juga mendapat sedikit peruntukan dari kerajaan negeri Pulau Pinang. (Gambar Sekadar Hiasan)

No comments:

Post a Comment