Pages

Friday, 9 January 2015

56 SEKOLAH AKAN DITANGGUH SESI PERSEKOLAHAN - TPM


Muhyiddin Yassin

Pagoh –  Sesi persekolahan 56 sekolah di Perak dan beberapa negeri di pantai timur yang masih dijadikan pusat pemindahan sementara banjir akan ditangguhkan hingga diberitahu kelak.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia memberitahunya masih ada 56 sekolah yang digunakan untuk menempatkan mangsa banjir.

“Melihat keadaan itu, walaupun saya pernah umumkan sesi persekolahan ditangguh seminggu (hingga minggu ini), semua sekolah itu diberikan kelonggaran.

“Dalam lawatan saya di Jerantut, Pahang dua hari lalu, saya dapati keadaannya masih teruk dan sekolah masih menempatkan mangsa banjir.

“Keadaan itu menyebabkan sekolah hanya boleh dibersihkan selepas mangsa banjir pulang ke rumah masing-masing,” katanya pada sidang media selepas majlis Santai Bersama Masyarakat di Balai Raya Kampung Jawa, Panchor, di sini, hari ini.

Selain itu, kerajaan mentaksirkan kerugian RM500 juta berikutan kerosakan bangunan, infrastruktur dan pelbagai kelengkapan sekolah di negeri yang dilanda banjir itu.

No comments:

Post a Comment