Pages

Tuesday, 13 January 2015

3 JENIS PENEMPATAN UNTUK MANGSA BANJIR DI KELANTAN - DS MUSTAPA MOHAMED


Jawatankuasa Menangani Pasca Banjir (JMPB) negeri Kelantan sedang giat menyiapkan penempatan untuk mangsa banjir melalui tiga fasa secara berperingkat.

Pengerusi Bersama jawatankuasa itu, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata fasa pertama melibatkan penempatan serta-merta bagi mangsa yang hilang tempat tinggal dan masih berada di pusat-pusat pemindahan banjir.

"Fasa seterusnya ialah menyediakan penempatan berbentuk transit, sementara menunggu penempatan fasa tiga iaitu penempatan secara kekal dapat disiapkan sepenuhnya," kata beliau.

Antara bentuk penempatan transit yang sedang dipertimbang termasuk model 21 rumah transit yang disumbangkan kerajaan negeri Terengganu dan penyewaan lot rumah kedai untuk digunakan sebagai rumah.

Mustapa berkata demikian selepas meninjau perkembangan terkini pusat penempatan sementara yang hampir siap di tapak Bandar Utama Gua Musang, di sini.

Turut hadir Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Galas, Ab Aziz Yusoff dan Adun Paloh, Datuk Nozula Mat Diah.

Dibangunkan dengan kerjasama Majlis Keselamatan Negara, kerajaan negeri Kelantan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO), pusat ini boleh menempatkan 100 keluarga pada satu-satu masa.

Ia turut dilengkapi kemudahan asas seperti tandas, tempat membasuh, bekalan elektrik menggunakan tenaga solar dan air.

No comments:

Post a Comment