Pages

Thursday, 22 January 2015

[VIDEO UPDATE] 3 GAMBAR KEMALANGAN MAUT DI KM 254.7 LEBUHRARAYA PLUS ARAH UTARA


KUALA KANGSAR  - Mangsa yang maut dalam kemalangan di Kilometer 254.7 Lebuhraya PLUS arah utara, di sini dikenali sebagai Mohd Joeri Ramli, 34, manakala rakannya yang parah dikenali sebagai Mohd Nasbullah Mohd Abdul Ghaffar, 28, bukan wanita seperti laporan awal yang diterima.

Memetik laporan MyMetro, mangsa yang berasal dari Bagan Serai, dekat sini, dikatakan dalam perjalanan dari Ipoh ke Gerik bersama rakannya atas urusan kerja dimana kedua-duanya bekerja dengan syarikat rawatan air.

Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Komisioner Ghuzlan Salleh berkata, rakan mangsa yang cedera parah dihantar ke Hospital Kuala Kangsar untuk rawatan, manakala pemandu dan kelindan lori tidak mengalami kecederaan.

"Siasatan awal mendapati ketika kejadian membabitkan kereta jenis Honda Civic yang dipercayai dirempuh dari belakang treler membawa muatan besi.

"Kereta mangsa diseret hingga ke laluan kiri sebelum terbakar.

"Pemandu lori dan kelindan serta penumpang kereta berjaya keluar dari kenderaan menyelamatkan diri, manakala mangsa yang tersepit gagal berbuat demikian dan rentung terbakar," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.



KLIK UNTUK TENGOK VIDEO

LAPORAN AWAL UNTUK MAKLUMAN

BALAI : BBP KUALA KANGSAR
JENIS KEJADIAN : KEMALANGAN DAN KEBAKARAN
ALAMAT : 254.7 LEBUHRAYA UTARA SELATAN, ARAH UTARA
TARIKH : 22/1/2015
TERIMA PANGGILAN : 0926
BANTUAN : BBP MERU
CATATAN : SETIBANYA JENTERA TIBA DI TEMPAT KEJADIAN DIDAPATI KEMALANGAN MELIBATKAN SEBUAH KERETA DAN TRELER DIMANA KERETA TERSEBUT TELAH TERBAKAR  95% DAN LORI TERSEBUT TERBAKAR 45%. KEJADIAN INI MENGAKIBATKAN SEORANG MANGSA LELAKI BERUSIA 32 TAHUN MATI DI TEMPAT KEJADIAN MANAKALA SEORANG LAGI RAKAN MANGSA MENGALAMI CEDERA RINGAN SAHAJA. MANGSA YANG MATI DAN CEDERA ADALAH DARI KERETA YANG TERBAKAR TERSEBUT. MANAKALA PEMANDU DAN KELINDAN LORI TIDAK MENGALAMI SEBARANG KECEDERAAN.

TINDAKAN OPERASI: PASUKAN BOMBA YANG TIBA TELAH DIARAHKAN OLEH KOMANDER OPERASI MEMBUAT PEMADAMAN MENGGUNAKAN 2 ALIRAN SALUR BANTU MULA SEHINGGA API BERJAYA DIPADAMKAN SEPENUHNYA. SETERUSNYA MENGGUNAKAN RESCUE TOOL UNTUK MENGELUARKAN MANGSA YANG MATI SEHINGGA BERJAYA.

OPERASI TAMAT: 1210 TENGAHARI

KETUA OPERASI BOMBA

No comments:

Post a Comment