KUALA LUMPUR - Penghinaan terhadap institusi Diraja terus dilakukan oleh mereka yang tidak berpuas hati terutamanya selepas DYMM Sultan Selangor menarik balik gelaran 'Datuk Seri' kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Laman sosial Facebook dijadikan tempat utama 'pemuas' hati mereka untuk menghina institusi Diraja yang juga merupakan payung negara itu.
Satu pemilik akaun Facebook bernama Paul Ang dengan jelas mengeluarkan kenyataan berbahasa Inggeris menghina institusi Diraja apabila mengatakan bahawa Sultan tidak memberi sumbangan dan menghabiskan duit rakyat sahaja.
Sebelum itu, blogger seks Alvin Tan juga menggunakan medium sama untuk menghina institusi Diraja malah kelihatan selesa dengan keceluparannya itu apatah lagi berada di luarnegara.
Alvin yang pernah 'mengajak' orang ramai untuk berbuka puasa bersama babi itu juga menggelarkan Sultan dengan pelbagai kata-kata kesat.
"Sultan-sultan tu bukannya tau apa pon. Curi wang rakyat, pakai baju kuning bangang ingat kacak sgt (tp muka mcm babi), pakai keris mcm sakai, pastu ingat depa pandai sgt boleh bagi/tarik balik gelaran sesuka hati... Mampos je lah anjing2 diraja ni."
No comments:
Post a Comment