Pages

Wednesday, 3 December 2014

#RCISABAH : TIADA BUKTI KERAJAAN TERLIBAT PROJEK IC DI SABAH


Jika sebelum ini wujud khabar angin kononnya kebanjiran pendatang asing di Sabah adalah kerana kerajaan buat 'Projek IC' iaitu bagi kad pengenalan biru kepada pendatang asing di negeri itu.

Bagaimanapun, Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai Pendatang Asing Sabah mendapati tiada 'Projek IC' yang membabitkan kerajaan sebaliknya sindiket dan individu yang dibantu oleh pegawai-pegawai yang rasuah.

"Tiada agenda agama atau politik sebaliknya 'Projek IC' yang dilakukan oleh pegawai-pegawai yang menerima rasuah ini dibuat berdasarkan faktor mencari keuntungan kewangan," demikian ringkasan laporan yang dibacakan oleh Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Ali Hamsa di Kota Kinabalu petang Rabu.

Dalam laporan setebal 368 muka surat oleh RCI, bagaimanapun, tidak menamakan mana-mana pelaku atau pihak bersalah kerana ini bukan dalam skop suruhanjaya tugas, seperti yang dinyatakan dalam terma-terma rujukan (TOR).

Bagi Terma Rujukan RCI itu adalah pertama iaitu untuk menyiasat jumlah pendatang asing di Sabah yang diberikan kad pengenalan biru atau kewarganegaraan.

"Suruhanjaya mendapati keterangan daripada saksi Ketua Pengarah Pendaftaran Negara Datuk Jariah, mengenai bilangan Kad Pengenalan biru yang dikeluarkan adalah 67,675 dan bilangan pendatang di Sabah yang diberi kerakyatan sejak 1963 sehingga 31 Ogos 2013 seramai 68,703 orang diterima oleh Suruhanjaya sebagai angka rasmi manakala bilangan 1 juta pendatang asing di Sabah yang diberikan oleh SUHAKAM dan saksi-saksi lain adalah tidak bersandarkan bukti-bukti kukuh," jelas Tan Sri Ali.

Manakala Terma Rujukan Kedua pula iaitu untuk menyiasat sama ada pemberian kad pengenalan biru atau warganegara kepada pendatang asing adalah mengikut peruntukan undang-undang.

"Suruhanjaya telah mendapati tiada petunjuk yang jelas bahawa tatacara berhubung dengan pengemukaan maklumat dan dokumen yang diperlukan dalam pengeluaran Kad Pengenalan telah dilanggar oleh Jabatan Pendaftaran Negara sepertimana diperuntukkan di bawah National Registration Rules 1972 dan semua tatacara yang digunapakai oleh pihak berkuasa didapati teratur," ujarnya yang membaca ringkasan laporan tersebut.

Bagi Terma Rujukan Ketiga pula, iaitu untuk menyiasat sama ada pendatang aing di Sabah yang memegang Kad Pengenalan biru, resit pengenalan sementara atau kewarganegaraan secara tidak mengikut undang-undang telah didaftarkan dalam daftar pemilih.

"Suruhanjaya telah mendapati bahawa tiada sebarang bukti menunjukkan kerakyatan yang diberikan kepada pendatang asing yang tidak mengikut Perlembagaan.

"Namun Suruhanjaya telah mendapati terdapat keterangan yang mencukupi untuk menunjukkan pendatang yang bukan rakyat Malaysia diberikan Kad Pengenalan biru adalah secara oleh SINDIKET/INDIVIDU tertentu untuk kepentingan kewangan peribadi," ujar beliau yang turut disertai Peguan Negara Tan Sri Gani Patail.

Tan Sri Ali Hamsa membacakan laporan ringkas itu di depan sekumpulan wartawan dan orang ramai di Dewan Bandaraya Kota Kinabalu, yang meringkaskan kesaksian tokoh-tokoh utama di kalangan 211  saksi yang memberi keterangan di hadapan lima anggota panel suruhanjaya itu, yang diketuai oleh bekas Ketua Hakim Borneo Tan Sri Steve Shim.

Pendengaran diadakan di antara 14 Januari dan 23 September 2013, di mana bukti yang menyeluruh telah dikumpulkan mengenai status pendatang di Sabah, dan SOP dalam pengeluaran Kdan Pengenalan Biru.

Antara saksi penting ialah bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, bekas menteri Tan Sri Aziz Shamsuddin, bekas ketua menteri Sabah, dan juga bekas Jabatan Pendaftaran Negara dan Jabatan Imigresen pengarah.

Saksi-saksi juga termasuk ahli-ahli politik, pegawai kerajaan, ahli akademik dan dan pendatang Filipina, Indonesia, Pakistan dan India.

CI menekankan keperluan kerjasama kerajaan Persekutuan dan negeri untuk mengatasi masalah pendatang tanpa izin, menunjukkan bahawa Sekretariat Tetap ditubuhkan.

"Jawatankuasa Tetap Pendatang Asing Sabah akan diketuai oleh Menteri Keselamatan Dalam Negeri dan Ketua Menteri Sabah, selain Jawatankuasa Kerja yang diketuai oleh Timbalan Ketua Menteri Sabah Tan Sri Joseph Pairin Kitingan.

RCI Pendatang Asing Sabah ditubuhkan pada 6 September 2012 mselepas Yang Dipertuan Agong telah melantik enam individu diketuai Tan Sri Steve Shim, Datuk Saripudin Kasim, Datuk Dr. Kamaruzaman Ampon, Tan Sri Datuk Seri Panglima Herman Luping, Datuk KY Mustapa dan Datuk Henry Poy Wu.
AgendaDaily

No comments:

Post a Comment