Ini pendedahan berani mati dari orang yang digantung jawatan dalam parti... al kisah bekas pemimpin kanan PKR Badrul Hisham Shaharin AKA Chegubard membuat pendedahan sebab sebenar Sultan Selangor melantik Mohamad Azmin ALi sebagai Menteri Besar iaitu mendapat sokongan majoriti.
Ini selepas Azmin memperolehi lima akuan bersumpah daripada ADUN-ADUN Pakatan Selangor yang sebelum ini menyatakan sokongan kepada isteri Anwar Ibrahim, Datuk Seri Dr wan Azizah wan Ismail.
Petang Isnin, di restoran Pak Amjal Kuala Lumpur, Chegubard mendedahkan kelima-lima ADUN itu ialah Dr Xavier Jayakumar (PKR-Sri Andalas), Shuhaimi Shafie (PKR-Sri Muda), Amirudin Shari (PKR-Batu Caves), Ng Sze Han (DAP-Kinrara) dan Rajiv Rishyakaran (DAP-Bukit Gasing).
Pada sidang media itu Chegubard juga telah menunjukkan salinan kelima-lima surat akuan bersumpah itu yang menurutnya diletakkan di peti surat rumahnya.
Beliau kemudiannya membuat laporan polis untuk mendapatkan pengesahan mengenai kesahihan surat akuan bersumpah kelima-lima ADUN itu.
Chegubard yang digantung keahlian dalam PKR kerana mengkritik Azmin Ali dalam pemilihan parti tersebut memberitahu beliau telah mengemukakan aduan kepada Ketua Umum Anwar Ibrahim dan Presiden Jawatankuasa Disiplin parti PKR tetapi pimpinan tertinggi parti namun sehingga hari ini tidak ada sebarang tindakan dibuat.
Sikap tidak acuh mereka telah membuat beliau bengang dan pada sidang media itu dia telah menuntut penjelasan mengapa tindakan tidak dikenakan terhadap kelima-lima ADUN berkenaan.
"Akuan bersumpah ini menyatakan dengan jelas nama lima ADUN Selangor yang mulanya dikatakan menandatangani surat sokongan terhadap Dr Wan Azizah, kemudiannya menarik sokongan tersebut. Ini jelas menunjukkan PKR mengamalkan dua set undang-undang. Apabila Azmin dan orang yang rapat dengannya buat salah, semua lepas, tetapi yang mengkritik macam saya, digantung.
“Azmin (Menteri Besar Selangor) bercakap depan TV dan saya juga bercakap depan TV tetapi saya kena gantung dan dia lepas,” tambahnya.
Pada sidang media itu juga Bard turut mendakwa Azmin juga memainkan peranan dalam penarikan semula penganugerahan Darjah Kebesaran Sultan Selangor kepada Anwar.
“Azmin adalah salah seorang anggota Dewan DiRaja Selangor yang turut bersetuju dengan empat alasan yang merumuskan Anwar sebagai derhaka. Jika keputusan menarik balik anugerah itu merupakan keputusan sebulat suara Dewan DiRaja Selangor, maka Azmin sebagai salah seorang anggotanya juga tentunya bersetuju supaya gelaran Datuk Seri yang dianugerah kepada Anwar ditarik balik," katanya.
Chegubard juga mendakwa Azmin juga telah secara sulit melobi dirinya untuk jawatan Menteri Besar Selangor tetapi apabila diketahui oleh Anwar, Azmin telah menyalahkan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang konon telah memujuknya untuk mengkhianati parti.
AgendaDaily
No comments:
Post a Comment