Pages

Tuesday, 16 December 2014

PEMBANTU RUMAH "HILANG AKAL" BAGI CUCU MAJIKAN MAKAN NAJIS !!!


Dasar manusia tak mengenang jasa! Seorang amah yang digaji untuk menjaga cucu majikannya berusia dua tahun, sanggup bertindak kejam dan keji apabila menyuapkan budak lelaki tersebut dengan najis.

Perbuatan terkutuk itu diketahui nenek mangsa selepas tercium bau busuk dari mulut cucunya.

Menurut Sinar Harian, cucu tersebut tinggal bersama neneknya sementara ibu bapanya bekerja di Ipoh.

Kejadian disedari oleh neneknya yang pulang ke kediaman mereka yang terletak di USJ 18.

Setelah mendapatkan cucunya, wanita berusia 48 tahun itu mengesyaki sesuatu tidak kena kerana tercium bau kurang menyenangkan yang muncul dari mulut mangsa.

Ujar satu sumber, “Nenek mangsa memeriksa tubuh badan cucunya dan terkejut apabila lihat ada kesan seperti najis di celah gigi.

“Dia kemudian bertanya dan cucu lelakinya memberitahu pembantu rumah dikenali sebagai ‘Aning’ telah memberinya makan najis ketika berada di dalam tandas di tingkat atas, rumah teres dua tingkat itu.”

Tambah individu itu, nenek mangsa sudah meragui tingkah laku pembantu rumah yang baru bekerja di situ selama tiga bulan sebelum ini lagi.

Perbuatan jijik si ‘Aning’ tadi menyebabkan kanak-kanak malang itu muntah dan mengeluarkan cecair busuk berbau najis.

Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Superitendan Tan Ah Chua yang dihubungi akhbar tersebut mengesahkan kejadian itu.
Menurut beliau, selepas kejadian tersebut ,nenek mangsa terus menghantar wanita itu ke ejennya semula.

Tambah Tan, “Bertindak atas laporan, kami menahan pembantu rumah berusia 42 tahun berasal dari Indonesia di pejabat ejen pembantu rumah dan kes disiasat bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.” – MYNEWSHUB.CC

No comments:

Post a Comment