Pages

Tuesday, 2 December 2014

KDN CADANG SEBAT KAKITANGAN IMIGRESEN BERSEKONGKOL DENGAN EJEN !!!

alt
PUTRAJAYA 1 Dis - Selepas mencadangkan hukuman sebat mandatori dikenakan ke atas ejen yang didapati bersalah membawa masuk pekerja asing secara haram ke Malaysia, Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini mahu hukuman sama turut dikenakan kepada pegawai dan kakitangan Jabatan Imigresen yang bersekongkol dengan ejen berkenaan.

Menteri berkenaan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, perbincangan ke arah pelaksanaan hukuman itu akan dimulakan minggu ini melibatkan penasihat undang-undang KDN, Jabatan Imigresen dan Jabatan Peguam Negara.

“Kita ingin cadangkannya kepada kerajaan setelah perbincangan ini selesai kerana saya berpandangan hukuman penjara dan denda tidak memadai untuk memastikan perbuatan itu daripada berulang.

“Jika ia melibatkan pindaan Akta Imigresen, kita akan bawa ke Parlimen. Namun jika sebaliknya, kita hanya akan pinda atau masukkan klausa berkenaan hukuman itu pada peraturan Imigresen sedia ada,” katanya.

Bercakap pada sidang akhbar selepas menghadiri sambutan Hari Imigresen di sini, Ahmad Zahid berkata, walaupun kakitangan Imigresen bersekongkol dengan ejen pekerja asing hanya kes terpencil, cadangan hukuman itu perlu dibuat bagi memastikan nama baik jabatan itu terpelihara.

No comments:

Post a Comment