Pages

Sunday, 7 December 2014

DR MASHITAH BERI KETERANGAN PADA @PDRMsia BERHUBUNG UCAPAN BELIAU DI #PAU2014



KUALA LUMPUR: Ketua Wanita UMNO Datuk Dr Mashitah Ibrahim tampil beri keterangan di IPD Dang Wangi petang tadi susulan kenyataan dibuatnya mengenai isu pembakaran Al-Quran.

Dr Mashitah membangkitkan isu itu dalam perbahasannya di Perhimpunan Agung UMNO 2014 yang berlangsung pada akhir bulan lalu.

Lapor portal Agenda Daily, beliau tiba di ibu pejabat polis itu jam 2.30 petang dan selesai memberi keterangan kira-kira jam 4 petang.

Beliau yang ditemani suaminya Datuk Seri Abdul Shakor Abu Bakar bagaimanapun enggan menyatakan butiran keterangan yang diberikan kepada pihak polis.

Pada Jumaat, Ketua Parlimen DAP Kebangsaan, Lim Kit Siang menggesa Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menjelaskan kenapa tiada sebarang siasatan dibuat terhadap Mashitah, biarpun telah ada laporan polis dibuat.

Kit Siang berkata Ahmad Zahid mengambil masa lama memberi arahan kepada pihak polis menyiasat kenyataan Dr Mashitah.

Pada 28 November, Ahli Parlimen Kulai, Teo Nie Ching membuat laporan polis kerana kenyataan Dr Mashitah dianggap langsung tidak bertanggungjawab.

Pemimpin muda DAP Dyana Sofya Mohd Daud berkata kenyataan Dr Mashitah boleh menimbulkan huru-hara dan pecah belah.

Sebuah portal berita sebelum ini melaporkan bahawa bekas timbalan menteri itu betanyakan perwakilan UMNO adakah mereka rasa tercabar dengan kejadian itu.

"Rasa tercabar atau tidak? Rasa sensitif atau tak? Rasa sedih atau tak. Kalau rasa begitu, kenapa tidak bersuara. Jangan diam. Mana suara kita di dalam media, di alam maya. Jangan jadi majoriti senyap. (Jangan biarkan) yang minoriti ini bercakap," katanya seperti dipetik dari laporan itu.


Admin juga masih tertanya, bila Dyana Sofya hendak membuat laporan polis berkaitan gambar terkutuk beliau yang tersebar selama ini bersama seorang lagi pemimpin DAP, Zairil Khir Johari?  

Adakah Dyana Sofya terlalu benci dengan perjuangan UMNO untuk mempertahakan Agama, Bangsa dan Tanah Air sehingga beliau tidak kisah gambar terkutuk beliau bersama Zairil Khir Johari tersebar di internet sehingga tidak membuat laporan polis sehingga hari ini?
Sedarlah Dyana Sofya bahawa musuh kamu bukan UMNO, tetapi musuh kamu adalah didalam parti DAP itu sendiri yang telah mensabotaj kamu dengan menyebarkan gambar kamu sehingga menjatuhkan kredibiliti kamu sebagai seorang pemimpin Melayu/Islam.

No comments:

Post a Comment