Pages

Thursday, 4 December 2014

DOA KETIKA KERESAHAN & KESEDIHAN

Assalamualaikum...

Dalam kehidupan ini kita tidak sentiasa dengan gelak tawa. Adakalanya hati kita dirundung keresahan dan kesedihan. Macam cuaca... langit tak selalunya cerah, dalam panas elok-elok tengok-tengok hujan turun.

Begitulah juga dengan kehidupan harian kita. Bila kita dalam keadaan begini sudah tentu kita mencari kawan untuk meluahkan. Terkadang kita lupa untuk mengadu pada DIA yang Maha Esa.

Islam telah menyediakan tatacara dalam semua keadaan. Di sini admin ingin kongsikan dengan semua Doa dan zikir semasa situasi ini. Boleh juga dijadikan amalan harian.


Doa hilangkan Kesedihan


Surah Al-Insyirah juga boleh diamalkan untuk menenangkan perasaan :



Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
(1) Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: Dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayat petunjuk)?
(2) Dan Kami telah meringankan daripadamu: Bebanmu (menyiarkan Islam);
(3) Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)?
(4) Dan Kami telah meninggikan bagimu: Sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)?
(5) Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,
(6) (Sekali lagi ditegaskan): Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.
(7) Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain),
(8) Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini).

Zikir sebagai penenang :


Semoga dengan perkongsian ini dapat membantu anda yang dalam kesedihan. Ianya juga boleh dijadikan amalan harian. Selamat beramal.


No comments:

Post a Comment