Pages

Saturday, 13 December 2014

BANGANG & BIADAP!!! KENAPA GADIS BERTUDUNG NI BENCI SANGAT KAT @PDRMsia ???


Wahai adik Fariha Adriani, peribahasa Melayu selalu menyebut : Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa. Apa guna jika kamu bertudung andai memiliki mulut puaka begini? Memaki hamun pihak PDRM sedemikian rupa?


Mungkin adik pernah mengalami pengalaman yang tidak berapa baik dengan pihak keselamatan, namun cacian dan hinaan terbuka begini tidak akan mengubah apa-apa.


Mereka juga manusia biasa yang punya hati dan perasaan. Mereka juga tertakluk kepada tugasan dan arahan dari pihak atasan. Dan mematuhi arahan ketua mereka juga merupakan satu amanah yang perlu ditunaikan selagi ia tidak terpesong dengan undang-undang dan agama.


Janganlah hanya kerana segelintir yang "busuk" habis semua adik samakan status mereka. Apa perasaan adik sekiranya ayah, abang atau saudara mara adik juga dikutuk dan dihina walau bukan kerana kesalahan mereka?

Adik Fariha Adriani, masih belum terlambat untuk berubah. Jangan kerana momokan atau perasaan remaja adik ini akan membuatkan ibu bapa atau keluarga adik mendapat susah di kemudian hari.

No comments:

Post a Comment