Seperti yang dijangka, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mempertahankan kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam di negeri itu.
Menurut Anwar, tidak ada salahnya kenyataan Guan Eng tersebut memandangkan terdapat alasan-alasan kukuh yang menyokong pendirian Setiausaha Agung DAP itu.
Beliau menjelaskan, ulama-ulama terkemuka seperti Sheikh Dr. Yusuf al-Qaradawi telah menyatakan keterbukaan mereka dalam membenarkan orang bukan Islam menggunakan kalimah Allah.
“Saya mempertahankan hak Guan Eng untuk menyatakan demikian, kerana saya juga menyatakan benda yang sama,” kata beliau ketika ditemui pemberita di luar mahkamah ketika hadir perbicaraan kes saman fitnah RM100 juta yang dikemukakannya terhadap Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman di Mahkamah Tinggi di sini.
Menurut Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu, adalah tidak adil untuk mengapi-apikan bahawa Guan Eng tidak menghormati agama Islam.
Guan Eng sebelum ini dilaporkan berkata, larangan penggunaan kalimah Allah yang termaktub dalam enakmen negeri tersebut tidak terpakai kepada orang bukan Islam kerana penguatkuasaannya hanya sah kepada orang Islam.
Utusan
No comments:
Post a Comment