Pages

Tuesday, 2 December 2014

AKTA HASUTAN : PEMBANGKANG DAKWA PM MUNGKIR JANJI ??? INI JAWAPAN YANG TERBAIK !!!


Para perwakilan dan ahli UMNO perlu memberitahu kepada rakyat sebab-sebab utama Akta Hasutan dikekalkan sebagaimana ucapan Presiden parti Datuk Seri Najib Tun Razak pada 27 November baru-baru ini sekaligus berupaya mengenepikan tohmahan pembangkang.


Pembahas Usul Agama dan Pendidikan Mohd Kamal Saidin berkata, keputusan Presiden yang juga Perdana Menteri itu adalah bertujuan memelihara keharmonian negara.

"Bagi orang yang tidak setuju, mereka membuat pelbagai tohmahan dan fitnah. Pembangkang telah membangkitkan kononnya Presiden (Najib) tidak menepati janji tentang Akta Hasutan. Presiden bukannya hendak menghapuskan akta tersebut, sekadar hendak dikajisemula dengan syarat. Ini yang perlu dijawab apabila balik ke kawasan masing-masing.

"Kita akan menderita apabila negara dijajah semula. Sebab itu Akta Hasutan dikekalkan bagi menjamin keharmonian negara."

Beliau berkata demikian ketika membahaskan Usul Agama dan Pendidikan mewakili negeri Kedah dalam Perhimpunan Agung UMNO kali ke 68 (PAU2014) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) baru-baru ini.

Sebelum ini ini Perdana Menteri berjanji akan mengekalkan Akta Hasutan demi melindungi kesucian agama Islam serta dari ancaman yang boleh menggugat kedaulatan negara.

Najib berkata, Akta Hasutan juga membolehkan negara mengambil tindakan terhadap sesiapa yang menuntut pemisahan Sabah dan Sarawak dari Malaysia.


Akta Hasutan mampu kawal ekstremis
Pengekalan dan pengukuhan Akta Hasutan diyakini mampu mengawal golongan ekstrem lebih-lebih lagi yang menggunakan medium media sosial.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, langkah itu bagi mempertahankan kesederhanaan dan kemakmuran negara kita ini dan ia selari dengan dasar  wasatiyyah atau kesederhanaan ditonjolkan kerajaan.

“Bahaya sekiranya akta ini dihapuskan kerana orang akan bebas untuk mengata, menghina dan mengutuk orang lain tanpa batasan, dan jika tidak dikawal, ia boleh menimbulkan sesuatu yang di luar daripada jangkaan yang boleh menggugat keamanan serta kemakmuran yang ada sekarang ini.

“Keamanan, kemakmuran dan kepentingan awam adalah lebih penting daripada kebebasan melampau mana-mana individu,” katanya menangkis tohmahan yang dilemparkan kononnya Perdana Menteri mengekalkan akta itu kerana tunduk dengan desakan golongan Melayu kanan dari dalam Umno.

Beliau berkata, keputusan Datuk Seri Najib Tun Razak itu bagi memastikan negara terus aman terutama dalam era ledakan media sosial ketika ini.


“Sikap ekstrem atau melampau ini bukan saja dalam bentuk tindakan ganas sahaja, tetapi ia juga dalam bentuk kata-kata yang diluahkan dalam pembesar suara, televisyen dan sebagainya. Kata-kata itu pula tersebar dengan luas dan cepat dalam media sosial,” katanya.

No comments:

Post a Comment