Pages

Thursday, 6 November 2014

TERIMA KEPUTUSAN KES LIWAT ANWAR DENGAN HATI TERBUKA - DS AHMAD SHABERY CHEEK

Ahmad Shabery Cheek


KUALA LUMPUR 5 Nov - Semua pihak tidak mengira dari pihak penyokong Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim atau Mohd Saiful Bukhari Azlan harus menerima keputusan hakim Mahkamah Persekutuan Putrajaya bagi perbicaraan rayuan kes liwat II esok dengan hati terbuka.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, semua pihak diminta agar tidak menimbulkan ketegangan selepas keputusan diketahui kelak. 

"Kita tengok keputusan dulu dan harap kita percaya kepada keputusan mahkamah, ertinya kepada kedua-dua belah pihak untuk menerimanya dengan (hati) terbuka.

"Semoga Allah membuka hati hakim untuk melihat sesuatu berasaskan kebenaran dan petunjuk," katanya memetik laporan Sinar Harian Online di Parlimen hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Naib Presiden PKR, Tian Chua berikrar untuk mengadakan perhimpunan besar-besaran sekiranya ketua pembangkang disabitkan dengan tuduhan liwat II.

Ahmad Shabery menegaskan, kes liwat II hanya melibatkan Anwar dengan Saiful dan perbicaraan itu tiada berkaitan dengan kerajaan Malaysia.

"Kita tidak ada apa-apa (persediaan hadapi himpunan mega), kita rasakan bahawa dalam soal ini bukan antara kerajaan dan Anwar, ini adalah antara Anwar dan Saiful.

"Kalau Anwar didapati tidak bersalah, Saiful harus menerimanya, dan kalau dia buat salah, dia juga harus menerimanya dalam soal ini," katanya lagi.

No comments:

Post a Comment