Pages

Thursday, 20 November 2014

SUSPEK BAKAR AL-QURAN DIKENAL PASTI

ALOR SETAR – Pihak polis sebentar tadi sudah mengenal pasti suspek yang membakar Al-Quran yang berlaku pagi tadi di berhampiran Supermarket Billion Pasar besar, Alor Star.
Kejadian ini dipercayai dilakukan oleh seorang lelaki tidak siuman yang sering lalu lalang di kawasan tersebut.
Pemangku Ketua Polis Kedah, Datuk Zakaria Yusof mengesahkan kejadian dan mengesyaki ia dilakukan suspek yang kurang siuman dan polis juga masih belum membuat tangkapan.
“Polis menerima panggilan kira-kira jam 10 pagi tadi (semalam) mengenai kebakaran kertas menyerupai al-Quran. Kita bersama Jaik serta Kementerian Dalam Negeri (KDN) bahagian percetakan ke sana untuk membuat siasatan.


“Isu ini akan disiasat segera bawah Seksyen 298A Kanun Keseksaan kerana mendatangkan ketidakharmonian dalam kalangan kaum dan bangsa. Semua pihak diharap tidak membuat spekulasi serta memperbesarkannya,” katanya.
Sumber

No comments:

Post a Comment