Pages

Tuesday, 4 November 2014

{UPDATE} SEBARAN SEGERA !!! TOLONG CARI BUDAK PAKAI SINGLET HITAM INI, "KETUA GANGSTAR" BULI PELAJAR !!! @PDRMsia @KBAB51 @Zahid_Hamidi @MuhyiddinYassin

Sama ada ini kejadian raging atau pergaduhan disebabkan sesuatu perkara tak dapat dipastikan, tapi yang nyata perbuatan buli di asrama negara ini rupa-rupanya masih ada.
Inilah yang terbongkar menerusi sebuah video yang kini mejadi viral di laman sosial.
Paling melampau, pelajar yang dibuli dalam rakaman ini dibelasah beramai-ramai terutama oleh salah seorang pelajar yang memakai singlet hitam.
Dengan lagak ala-ala "Wong Fei Hung" pelajar bersinglet hitam tersebut membelasah beberapa pelajar lain yang langsung tak melawan, barangkali kerana geng si singlet hitam pun ramai di situ.
Diharapkan dengan penyebaran video ini, pelajar terlibat dapat dikenalpasti dan diberi hukuman yang setimpal.
Kita tidak mahu budaya raging kembali popular di asrama dan sekolah sebagai mana pernah berlaku satu masa dulu. Paling ditakuti, kejadian pelajar maut gara-gara raging yang sudah lama tak kedengaran kembali dilaporkan.

PS : Admin harap pelajar-pelajar yang menjadi mangsa buli dalam Video ini dapat berterus terang dan memberitahu ibubapa mereka agar laporan polis boleh dibuat. 
(Tak perlu takutlah adik-adik...In Shaa Allah dengan tindakan berani adik-adik itu bukan saja pihak yang berwajip dapat menangkap dan menghukum PEMBULI tersebut..., malahan adik-adik juga telah menyelamatkan ramai lagi pelajar lain dari menjadi mangsa rakus si PEMBULI terutama yang memakai SINGLET HITAM)
APA PERASAAN KALIAN JIKA KEADAAN INI TERJADI PADA ANAK ATAU ADIK KITA???
ADMIN GERAM BETUL...
TERASA SESAK NAFAS KERANA TERAMAT GERAM TERUTAMA BILA MELIHAT AKSI BUDAK PAKAI SINGLET HITAM TU..


Perhatikan betul2 di 'duration" 1.38m 
Apa yang terkeluar dari mulut pelajar yang dibuli..Ya Allah , kesian betul

Pada "duratian" 2.37m & 3.15m 
Seperti di RASUK SYAITAN lagaknya Si PEMBULI berbaju SINGLET HITAM !!! 

Perhatikan betul2 di 'duration" 4.20m 
Apa yang terkeluar dari mulut pelajar yang dibuli..Ya Allah , kesian betul
Memang GERAM ...TERAMAT GERAM. 

{UPDATE}
TERIMA KASIH TV3 KERANA MENYIARKAN RAKAMAN VIDEO INI DALAM BULETIN 1.30TGH SEBENTAR TADI

No comments:

Post a Comment