Pages

Thursday, 6 November 2014

"KITA SEMUA ANAK ALLAH" - PANGASAS SISTER IN ISLAM (SIS)

Apa reaksi kita sekiranya anak-anak yang masih kecil, tiba-tiba bertanya “Ayah/Ibu, kita anak Allah ya?”

Hemat penulis merasakan, laksana halilintar menyambar gegendang telinga tatkala mendengar pertanyaan sebegitu rupa dari anak yang ditakdirkan lahir beragama Islam; agama yang benar, dan dipelihara status keislamannya melalui tatacara hidup, amalan dan juga melalui perlembagaan; cara hidup orang bertamadun.

Namun, apa yang dizahirkan melalui gambar diatas tentunya mengundang seribu satu persoalan, tidak kurang pula ada yang beremosi, apabila sebuah organisasi yang mengaku berpaksikan Islam mampu membenarkan ahli atau penyokongnya membawa mesej “We are all Allah’s children”.

Apa lagi yang perlu dikatakan, sedangkan mesej tersebut membawa maksud yang jelas menyimpang dari ajaran Islam. Penulis sendiri tertanya-tanya, bagaimana perkara paling asas seperti ini pun tidak difahami oleh Zainah Anwar, pengasas Sisters In Islam.

Antara perkara asas tentang mengenal Allah, ialah Allah itu tidak beranak, dan tidak diperanakkan, serta bersifat tunggal. Perihal tentang ini dijelaskan melalui surah Al-Ikhlas:

Penulis masih ingat, ketika di peringkat awal diajarkan tentang Islam, surah ini adalah surah yang lazim dan wajib dihafal beserta makna. Penulis percaya, ramai di antara kita yang memilih untuk membaca surah ini ketika bersolat.  Ini adalah hakikat tentang pengamalan Surah Al Ikhlas dalam hidup masyarakat Islam di Malaysia.

Apakah Zainah Anwar tidak memahami apa yang ditulis itu, atau sengaja ingin mengundang kontroversi dan membuktikan kepada pihak-pihak tertentu bahawa siapa sebenarnya dirinya? Almaklum, untuk bergerak dengan program-program tentunya memerlukan dana.

Kesimpulannya, perkara asas tentang Islam pun tidak mampu difahami oleh Sister In Islam, bagaimana pula mereka mahu dikenali sebagai Persaudaraan Wanita Islam?

Islam? Islam???

Maka, tindakan mengharamkan Sisters In Islam adalah sangat bertepatan dan selaras dengan tuntutan Islam. Dari sudut perlembagaan Malaysia pula, Perkara 11 berkaitan Kebebasan Beragama di mana Fasal 4 membolehkan setiap negeri-negeri menggunakan kuasa secara perundangan untuk menghalang sebarang doktrin yang dikira berbahaya kepada orang Islam.

Allahuakbar!

Credit : mykmu

No comments:

Post a Comment