Pages

Monday, 17 November 2014

KIT SIANG AJAK MENTERI KABINET BANGSA CINA BANTAH NAIK TARAF MAHKAMAH SYARIAH

KUALA LUMPUR - DAP menerusi penasihat parti Lim Kit Siang hari ini seolah-olah cuba mengajak menteri kabinet berbangsa Cina untuk membantah usaha penyamarataan Mahkamah Syariah dan Mahkamah Sivil seperti yang diumumkan oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Kenyataan Kit Siang itu seperti ingin mencabar kuasa Majlis Raja-Raja ekoran penaiktaraf Mahkamah Syariah akan dilaksanakan selepas mendapat persetujuan majlis tersebut.

"Menteri MCA dan Gerakan perlu menjelaskan mengapa mereka tidak membantah cadangan tidak berpelembagaan pada mesyuarat kabinet Jumaat lepas untuk menyamaratakan kuasa Mahkamah Syariah dan Mahkamah Sivil," katanya yang dipetik dari laman blog beliau hari ini.

Jelas Kit Siang, kegagalan menteri Gerakan dan MCA bersuara dalam hal ini telah melanggar sumpah dan tanggungjawab politiknya.

Tambahnya, cadangan untuk meneruskan hasrat tersebut perlu dihentikan segera.

Jumaat lalu, Jamil Khir mengumumkan Mahkamah Syariah akan dinaiktaraf setara dengan Mahkamah Sivil.

Penaiktarafan tersebut akan membentuk lima tahap berbanding tiga pada masa ini iaitu Mahkamah Rendah Syariah, Mahkamah Tinggi Syariah dan Mahkamah Rayuan Syariah.
RakyatNews

No comments:

Post a Comment