Pages

Tuesday, 4 November 2014

KES RAYUAN LIWAT II : BARISAN PENGUAM BELA ANWAR AKAN BERHUJAH BALAS PETANG INI !!!


PUTRAJAYA: Barisan peguam bela Datuk Seri Anwar Ibrahim akan membuat hujah balas pasukan pendakwa raya mulai petang ini.

Perkara itu dimaklumkan peguam bela, Ram Karpal Singh ketika ditemui di Bilik Bicara 1, Mahkamah Persekutuan, Istana Kehakiman di sini, selepas prosiding rayuan berhenti rehat seketika, sebentar tadi.

Beliau turut memberitahu media hujah balas pasukannya juga akan berjalan sehingga pagi esok.

"Kita akan mula petang ini dan ia (hujah balas pendakwa raya) akan berjalan sehingga esok," katanya.

Ram Karpal juga berkata, keputusan rayuan itu dijangka tidak diputuskan esok dan akan mengambil sedikit masa bagi panel lima hakim membuat penelitian.

Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria mengetuai panel lima hakim terdiri daripada Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Md Raus Sharif dan Hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri Abdull Hamid Embong, Tan Sri Suriyadi Halim Omar dan Datuk Ramly Ali.

Sesi hujah balas petang ini dan esok dimulakan dengan penghujahan oleh Sangeet Kaur Deo, Gobind Singh Deo, Ram Karpal sebelum ditutup oleh ketua peguam bela yang juga bekas Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Seri Gopal Sri Ram.

Saksi Pembelaan Anwar Tidak Relevan 
-TS Shafee Abdullah
Pendakwaraya Tan Sri Shafee Abdullah memberitahu mahkamah hari ini bahawa keterangan saksi pembelaan, Dr Brian McDonald tidak relevan untuk digunakan  ekoran keterangan yang dibuatnya pernah ditolak pada 2007 dan dua kali pada 2014.

Shafee yang berhujah di Mahkamah Rayuan menjelaskan, MCdonald disifatkan sebagai individu yang akan memberitahu apa sahaja di muka bumi ini.

"Beliau ditolak oleh banyak mahkamah di Australia dan Brunei,” kata Shafee.

Katanya, kenyataan McDonald mendakwa sampel yang ditemui pada dubur Saiful ketika diperiksa Dr Mohd Osman Abdul Hamid tidak benar.

Tambahnya, warga Australia itu tidak mempunyai kepakaran khusus dalam bidang tersebut malah negaranya juga menyifatkan McDonald sebagai seorang yang bukan pakar.

Hujah Shafee kemudiannya menyebut mengenai DNA Lelaki Y yang dikaitkan dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan menjelaskan penemuan sampel DNA Anwar adalah utuh.

Katanya, Anwar menggunakan berus gigi dan tuala 'good morning' yang diberikan pihak polis ketika berada dalam tahanan lokap.

Ianya berdasarkan gambar bukti di tempat kejadian menunjukkan gambar Anwar membuka bungkusan yang diberikan pihak polis.


No comments:

Post a Comment