Pages

Tuesday 4 November 2014

{UPDATE TERKINI} KES BULI PELAJAR DI ASRAMA : BUKAN MAKTAB MAMHUD PADANG TERAP


Alor Setar: Pengurusan Maktab Mahmud di Padang Terap, di sini, menafikan kejadian buli yang dimuat naik menerusi satu video di laman sosial Facebook, malam tadi berlaku di sekolah berkenaan.

Jurucakap sekolah itu berkata, pihak sekolah sudah mengenal individu yang dikatakan menyebarkan maklumat palsu itu menerusi komen pada video terbabit dan tindakan lanjut akan diambil.

Katanya, satu laporan polis dibuat di Balai Polis Kuala Nerang kira-kira jam 12.45 tengah hari tadi sebagai menafikan kejadian itu.

"Kejadian itu hanya salah faham dan pihak sekolah menafikan sekeras-kerasnya kejadian itu memandangkan latar belakang bilik asrama di dalam video itu bukan berlaku di dalam asrama sekolah kita selain pelajar sekolah Maktab Mahmud tidak dibenarkan tidak memakai baju atau berseluar pendek ketika di dalan asrama," katanya.

AMRAN menunjukkan berbezaan bilik asrama di Maktab Mahmud Padang Terap dengan yang di dalam video (gambar kecil).
Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padang Terap Asisten Superintendan Amran@Mohamad Zaki Omar membuat lawatan di bilik asrama lelaki Maktab Mahmud Padang Terap, hari ini dan turut menafikan kejadian itu berlaku di sekolah berkenaan berdasarkan perbezaan yang terdapat di dalam video terbabit.


Ia memaparkan nasib sembilan pelajar lelaki yang menjadi mangsa belasahan kira-kira lima pelajar lain dalam kejadian yang dipercayai berlaku di sebuah sekolah berasrama penuh dan dirakam seorang lagi rakan mereka.

Malah salah seorang pelajar berpakaian baju dalam hitam terus bertindak agresif dengan membelasah kesemua mangsa berulang kali tanpa belas kasihan sehingga menyebabkan kesemua mangsa ketakutan dan hanya mampu menangis teresak-esak.

"Kenapa kamu menangis," kata pelajar samseng itu sebelum bertindak terus memukul seorang daripada mangsa berkenaan.

Klip video yang dipercayai dirakam menggunakan telefon bimbit itu dikongsi lebih 14,200 pengguna sehingga kini yang rata-ratanya marah dan mendesak agar pihak berkuasa menyiasat berhubung kejadian itu dan mengambil tindakan sewajarnya.

"Insyalah aku cr bdak ni.law aku dpat aku share kt korang video aku skolahkn bdak ni ye.doakan jela..," kata pengguna FB dengan nama Apit Acond.
Seorang lagi pengguna FB dengan nama Nur Diana Hassan memaklumkan supaya Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil tindakan tegas berhubung perkara itu.

"Sakit hati aku tgk vdeo ni. Kenapa aku bkan budak baju putih kat situ. Semua gang dia aku hentam," katanya.

Sementara itu, Penolong Ketua Urus Setia Ketua Polis Negara (KPN) Datin Asmawati Ahmad berkata, pihaknya sedang berusaha untuk menyiasat dengan mengenal pasti lokasi kejadian dan sebagainya.

"Polis masih belum mendapatkan pengesahan daripada mana-mana pihak berhubung perkara ini dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

“Pihak kami memandang serius mengenai kejadian ini dan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana individu yang didapati bersalah," katanya ketika dihubungi Harian Metro, hari ini.
hmetro
Kedudukan katil di dalam bilik asrama Maktab Mahmud Padang Terap. 

UPDATE 05/11/2014

PS ;Admin jumpa dalam FB.., Betulkah ini budak bersinglet hitam yang buli pelajar asrama tu ???

No comments:

Post a Comment