Pages

Wednesday, 12 November 2014

KERETA RASMI JPJ MILIKI SAMAN @PDRMsia LEBIH RM1,000 ???


KUALA LUMPUR –  Satu ‘screenshot’ khidmat pesanan ringkas (SMS) mengenai kereta rasmi yang didakwa milik Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang memiliki saman yang belum dijelaskan tersebar luas di laman sosial.


Saman berkenaan disemak melalui saluran SMS Polis Diraja Malaysia untuk mengetahui kesalahan yang dilakukan.Kereta dengan nombor pendaftaran JPJ 11 itu memiliki saman yang masih tertunggak sebanyak RM1,350 sehinga 7 November lalu.

Orang ramai memberikan reaksi negatif yang mengecam serta mengkritik JPJ dan ada antara mereka yang meminta supaya Ketua Pengarah JPJ meletak jawatan.

Ada juga yang menyatakan kekesalan mereka kerana pihak berkuasa sendiri tidak mengendahkan undang-undang yang tetapi sebaliknya orang awam yang dikenakan tindakan, lapor The Rakyat Post.






No comments:

Post a Comment