Pages

Wednesday, 26 November 2014

JANGAN MALU JADI ORANG MELAYU - KJ


KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menggesa ahli pergerakan sayap itu supaya jangan malu jadi orang Melayu kalau hendak menyentuh soal kedudukan kaum itu di negara ini.


"Tak perlu segan bila bercakap tentang halatuju dan masa depan bangsa sendiri. Dan yang paling penting, tak perlu minta maaf dengan orang lain kerana ini tentang kita.

"Kalau bukan diri sendiri yang membela bangsa, nak harapkan siapa lagi?" katanya dalam ucapan dasar pada perhimpunan agung pergerakan sayap itu di Kuala Lumpur, hari ini. Ucapannya itu bertajuk "Melayu".

Menurut Khairy, perkembangan sejak kebelakangan ini mendorong orang Melayu untuk merenung semula identiti mereka. Proses merenung semula itu, katanya, adalah proses yang biasa dilakukan oleh bangsa yang bertanggungjawab, bermaruah dan progresif.

No comments:

Post a Comment