Pages

Monday, 3 November 2014

HARI KE-5 KES LIWAT II : INTEGRITI BAHAN BUKTI DNA JADI FOKUS PROSIDING


PUTRAJAYA: Pihak pendakwa akan menyambung penghujahan dalam prosiding rayuan kes liwat melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Persekutuan, di sini hari ini.

Peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang sudah membentangkan kira-kira 20 peratus hujahan pada Jumaat lalu hari ini akan menyentuh aspek saintifik khususnya berkenaan integriti bahan bukti DNA dalam kes tersebut. Ketua Pendakwaan itu dijangka menyentuh mengenai bahan kes dari lokap berasaskan perbandingan yang menyatakan berus gigi, tuala dan botol air telah digunakan Anwar

Prosiding bermula pada jam 9 pagi ini.

Shafee memberitahu media Jumaat lalu bahawa penghujahannya hari ini hanya akan berlangsung sehingga tengah hari, tiada sesi prosiding pada sebelah petang.

Berikut adalah perkembangan yang berlangsung di kamar mahkamah:

8.30 pagi: Para peguam dari kedua-dua belah pihak mula tiba bersama dokumen hujahan masing-masing.
Shafee dilihat dalam perbualan ringkas bersama ketua peguambela, Datuk Seri Gopal Sri Ram. Galeri awam sudah dipenuhi petugas media, kenalan politik Anwar dan pemerhati/NGO.

8.50 pagi: Anwar yang tiba bersama isteri, Datuk Seri Wan Azizah, menyapa Gopal di meja pembelaan.
Sampai perkarangan mahkamah

8.50 pagi: Di luar mahkamah, keadaan tenteram dan tenang di perkarangan Istana Kehakiman. Kelihatan wakil media mula berkampung di premis mahkamah.

Liwat II: Anwar Ibrahim

9.25 pagi: Lima panel hakim tiba di kamar mahkamah. Prosiding bermula.

9.40 pagi: Berkenaan hujah peguambela yang menyatakan bahawa perbuatan memberus gigi tersebut hanya 'didengari' dan bukannya 'dilihat' oleh saksi yang juga anggota polis. Shafee membalas, saksi itu walau bagaimanapun tidak menyebut 'berus gigi' itu tidak digunakan.

9.45 pagi: Shafee berkata saksi tersebut juga mengecam botol air yang dibawa Anwar masuk ketika dalam tahanan. Anwar juga mengakui membawanya. Berkenaan tiga bahan bukti tersebut, kesemuanya dilihat telah dibuka dari bungkusan dan berada di lantai ketika Anwar keluar dari lokap.

10 pagi: Penyokong Anwar berkumpul dan membacakan surah Yasin, mendoakan prosiding berjalan lancar.
Anwar Ibrahim

10.05 pagi: Menurut Shafee, mendiang Karpal Singh (yang juga ketua peguam kes liwat Anwar) telah menyoal Superintenden Jude Pereira secara menyeluruh pada permulaan perbicaraan. Shafee menegaskan bahawa perbicaraan dalam perbicaraan adalah tidak perlu bagi mengesahkan tentang tiga bahan bukti berkenaan.

10.15 pagi: Shafee meminta maaf kerana membentangkan butiran penghujahan secara pantas yang memerlukan para hakim sentiasa merujuk pada pelbagai jilid hujahan kerangka yang telah disediakannya.


Pekarangan Istana Kehakiman pagi tadi riuh seketika selepas sekumpulan individu dipercayai penyokong Mohd Saiful Bukhari Azlan berkumpul berhampiran lokasi penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kira-kira 30 individu, sebahagian besar memakai baju merah itu memenuhi pekarangan bangunan Perbadanan Putrajaya, Presint 3.

Mereka melaungkan kata-kata antaranya "hidup rakyat" dan "hukum Anwar, hukum peliwat" sehingga wujud cabar mencabar antara kedua-kedua penyokong.

Bagaimanapun, tiada kekecohan dan provokasi melampau berlaku berikutan kawalan ketat oleh anggota polis yang mula berkawal di kawasan terbabit sejak 8 pagi tadi.

Sementara itu, di kawasan penyokong Anwar, sekitar 30 individu berkumpul sejak 8.30 pagi, jumlahnya jauh lebih kecil berbanding Selasa dan Rabu minggu lalu. Antara pemimpin pembangkang yang hadir, Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani.

Laluan sebelah arah di hadapan Istana Kehakiman juga ditutup sebagai langkah keselamatan, selain bagi memberi laluan kepada penganjuran Festival Kesenian Islam 2014 yang masih berlangsung.

Sementara, kawasan tepi Istana Kehakiman di sini dipasang pita kuning dan merah putih bagi menghalang penjaja berniaga di kawasan terbabit.



No comments:

Post a Comment