Pages

Wednesday 5 November 2014

BIADAP & KETERLALUAN : LELAKI MELAYU LUDAH PEGAWAI JPJ TERLIBAT DALAM KEMALANGAN !!!

Tindakan seorang lelaki bersikap kurang ajar terhadap seorang pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan yang terlibat dalam kemalangan tidak dapat diterima akal.
Entah apa yang bermain di fikirannya sampai sanggup meludah pegawai JPJ hanya kerana benci dan meluat melihat kakitangan² agensi berkenaan.
Baca status biadab Mohd Rahman Ramli:
“Hahaha. pagi tadi masa kat area besraya hiway. ada eksiden depan mata aku. superbike langgar belakang myvi. rider motor tercampak tengah jalan patah kaki. bila aku pergi nk tolong mangsa. laaa rupenye Staff jpj pakai unipom nk pi otw keje. haaa ambik aku ludah sedas siap aku maki2 budak tu sampai dia mengerang kesakitan mintak aku tolong. tapi aku buat taktau je. siap aku ludah kat dia sedas pastu tinggalkan dia langsung tak bagi pertolongan. pandai2 la kamu nk hidup wahai jpj oi.. pepandai la kamu call ambulan sendiri. haaa amik balik atas apa yg ko pnh buat kat orang selama ni.”
Statusnya itu menarik perhatian pengendali page rasmi JPJ. Ekoran dari itu, Admin page JPJ meluahkan perasaan kesal dan kecewa dengan tindakan Rahman yang dilihat tidak berperikemanusiaan itu.
APA SALAH JPJ?
Tersentak membaca ringkasan cerita ini. Kenapa kami perlu diperlakukan sehingga sebegini rupa? Apa salah kami?
Salah ke kami kerana ingin menguatkuasakan dan memastikan undang-undang jalan raya dipatuhi?
Salah ke kami kerana ingin memastikan pemandu dan penumpang sentiasa selamat?
Salah ke kami kerana ingin memastikan kenderaan yang dipandu berada dalam keadaan selamat?
Dan salah ke kami kerana ingin memastikan jalan raya di Malaysia sentiasa selamat untuk SEMUA pengguna?
Kalau benar semua itu salah? Jadi apa yang sebetulnya perlu kami lakukan?
Kalau ada di antara kami bersalah kenapa yang lain juga perlu merasa tempiasnya?
Cukup sedih, cukup pedih. Kalau ini yang perlu kami telan kami akur. Terima kasih wahai rakyat Malaysia.
-admin. ='(
Alangkah biadabnya lelaki yang bernama Rahman Ramli ini. Hendak menolong orang pun berkira, ditambah pula dengan perasaan benci dan dendam yang melampau sehingga sanggup membuang jauh sifat perikemanusiaan.
Sedarlah bahawa, pegawai² JPJ mahupun mana-mana pegawai² kerajaan hanya melaksanakan tugas bagi memastikan kelangsungan hidup masyarakat di negara ini. Jika ada di antara pegawai² ini membuat kesilapan, tidak wajar anda selar keseluruhan agensi.
 My Media Hub

No comments:

Post a Comment