Pages

Saturday, 15 November 2014

BEG TANGAN PESARA TUNGGU JENAZAH SUAMI DICURI

ALOR SETAR: Seorang pesara jururawat yang sedang menunaikan solat di surau Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini sementara menunggu jenazah suaminya pada Sabtu, terkejut apabila beg tangan miliknya dicuri seorang wanita.
Dalam kejadian pada pukul 3.30 petang itu, Che Piah Abu, 56, berada di surau sementara menunggu jenazah suaminya yang meninggal dunia akibat angin ahmar pada pukul 2 petang.
Difahamkan, mangsa meninggalkan beg tangan disebelahnya semasa menunaikan solat.
"Selepas solat, saya sedar beg tangan telah hilang.
"Saya terus memberitahu anak yang berada di luar. Kemudian dia cuba mencari seorang wanita yang berada dalam keadaan curiga ketika keluar dari surau berkenaan," katanya
Wanita berusia 40-an itu berjaya ditemui di kawasan hospital berkenaan dan berlaku pertengkaran sebelum suspek mengaku mencurinya.
Wanita itu bertindak menyerahkan semula kad pengenalan Che Piah, namun mendakwa telah menjual beg tangan yang baru dicurinya.
Mangsa dikatakan gagal mengingati jumlah wang yang berada di dalam beg tangan itu kerana sedang memikirkan mengenai tuntutan jenazah suaminya.
Suspek kemudian diserahkan kepada pihak keselamatan hospital sebelum ditahan polis. - mStar

No comments:

Post a Comment