Pages

Sunday, 16 November 2014

ANAK PRAMUGARA SUSPEK CABUL RAYU BAWA PULANG BAPANYA KERANA MASALAH KESIAHATAN


Kuala Lumpur – Bekas pramugara Malaysia Airlines (MAS) yang ditahan di Paris selepas  didakwa mencabul seorang penumpang di atas kapal terbang, boleh ditahan sehingga 10 tahun tanpa perbicaraan di bawah undang-undang Perancis.
Menurut peguam Shailender Bhar yang diupah oleh keluarga suspek berkata, tempoh tahanan purata di Perancis adalah empat tahun.
Keluarga suspek yang berusia 54 tahun itu telah membuat rayuan kepada kerajaan untuk membawanya balik ke Malaysia.
Anak perempuan sulung suspek, Syaza, 24, berkata bapanya kelihatan lemah ketika melawatnya di lokap bulan lalu.
“Kini sudah lebih tiga bulan. Beliau kehilangan berat badan kira-kira 20 kilogram dan emosinya tidak stabil kerana tidak dapat berkomunikasi dengan sesiapa disebabkan halangan bahasa,” katanya.
Dia juga berkata, bapanya tidak dapat menyesuaikan diri dengan makanan di penjara Perancis.
Suspek telah ditahan pada 7 Ogos lalu selepas satu laporan polis  dibuat terhadapnya kerana serangan seksual terhadap seorang penumpang Australia yang berusia 26 tahun.
Insiden itu didakwa berlaku ketika pesawat MH20 dari Kuala Lumpur ke Paris pada 4 Ogos, selepas penumpang tersebut memberitahu berasa gementar ketika penerbangan.
Suspek kemudian dipercayai duduk di sebelah penumpang itu dan mengurut atas alasan untuk menenangkan mangsa sebelum insiden serangan seksual itu berlaku.
MAS kemudian mengesahkan bahawa pihaknya telah memecat pramugara itu yang telah berkhidmat selama 32 tahun.
Kesatuan Kebangsaan Anak-Anak Kapal Kabin Malaysia (Nufam) telah memfailkan rayuan ke atas pemecatan tersebut dan merujuk perkara itu kepada Jabatan Perhubungan Perusahaan.

No comments:

Post a Comment