Pages

Thursday, 13 November 2014

ALLAHUAKHBAR !!! HEBATNYA KUASA DOA !!!



Assalamualaikum...

Kali ini saya ingin berkongsi dengan pembaca tentang hebatnya kuasa DOA.

Setiap hari kita tidak pernah lupa untuk berdoa. Sebaik bangun dari tidur sehinggalah malam menjelma untuk kita tidur semula. Doa, doa dan terus berdoa. Kita memang diasuh dari kecil untuk sentiasa berdoa agar apa yang dihajati akan dimakbulkan Allah. Berdoa juga tidak cukup untuk mencapai keinginan kita, tetapi ianya mesti disusuli dengan usaha, idea dan seterusnya bertawakal kepada Allah.

Kita sebagai umat islam sudah mengetahui bahawa senjata kita ialah Doa. Doa merupakan pendinding kita dalam kehidupan seharian. Kalau nak tahu lebih lanjut lagi tentang kuasa doa, kita baca perkongsian dari Ustaz Noehas .

Doa adalah ibadat. Doa bermaksud meminta dari Tuhan Yang Maha Esa. Amalan berdoa amat disukai oleh Allah SWT. Perkara ini dengan jelasnya disebut  dalam Al-Quran bahawa ALLAH telah berfirman yang bermaksud berdoalah kepadaKU pasti AKU sentiasa menerima doa kamu.

Begitu juga firman ALLAH  ta’ala yang bermaksud “AKU memustajabkan doa orang yang meminta dariKU  ketika dia meminta dariKU. Allah amat suka hamba-hambaNYA meminta-minta  dariNYA, tidak seperti manusia yang tidak suka jika diminta berkali-kali.

Sekiranya kita berdoa tetapi apa yang kita hajati itu tidak dipenuhi, janganlah kita patah semangat dan jemu untuk terus berusaha. Bukan Allah tidak mahu memakbulkannya, tetapi Allah mahu kita sentiasa mengingatiNya. Ketahuilah bahawa ALLAH sangat sayang kepada hambanya yang mengangkat tangan memohon doa kepada Nya seperti maksud ayat 186 Surah Al Baqarah : 
Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka) sesungguhnya Aku (ALLAH) sentiasa hampir (kepada mereka) Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKU. Maka hendaklah mereka menyahut seruanKu (dengan mematuhi perintahKu) dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul.

berdoa-dan-solat-istikharah
Doa adalah senjata orang mukmin. Doa juga merupakan yang terutama dalam ibadah. Sebagaimana Sabda Rasulullah SAW. :
“Doa adalah TERAS Ibadah.” (HR. Tirmidzi)

Secara istilah, doa adalah permohonan seorang hamba kepada Tuhannya. Doa merupakan ibadah yang paling agung, sebagaimana hadis di atas. Dengan demikian kita boleh fahami bahawa sebuah ibadah pasti mengandungi doa kepada Allah SWT, dan doa tanpa ibadah belumlah sempurna.

Ada beza kan kalau kita berdoa jika kita ditimpa kesusahan? Waktu itu kita akan berdoa bersungguh-sungguh sehingga mengalirkan airmata, dan merayu agar Allah memakbulkan apa yang kita inginkan. Baik berdoa untuk dipanjangkan umur, diberikan kesihatan yang baik, disembuhkan penyakit dan segala macam permintaan kita. Waktu itu kita rasa amat dekat dengan Allah. Dan salah satu usaha agar doa kita dimakbulkan oleh Allah Ta’ala adalah dengan memanfaatkan waktu-waktu tertentu yang dijanjikan oleh Allah bahawa doa ketika waktu-waktu tersebut dimakbulkan, Insha Allah. Diantara waktu-waktu tersebut adalah:-
405697_544731252236714_1263546135_n
Hebatnya Kuasa Doa

Apa lagi!? Allah raja sekelian alam dah tawarkan nak minta apa sahaja sila minta pasti dia akan beri. Tapi ada syarat-syarat, cara dan pantang  larangnya tak? 

Memang ada dan kita akan kupasnya di entri akan datang.  Tetapi rahmat Allah melebihi dan lebih luar dari syarat-syarat dan pantang  larang doa. Jika Allah hendak terima pasti dia terima. Jika kita nampak  macam belum diterima doa kita itu tidak bermakna ALLAH tidak terima  langsung doa kita tetapi belum sampai masa untuk kita terima permohonan kita. Semuanya itu ada hikmah dan kebaikan yang ALLAH sahaja yang tahu.

Ibaratnya seperti anak kecil yang menangis-nangis minta pisau yang tajam  dari ibu dia untuk dia bermain atau memotong sesuatu. Sebagai ibu pasti dia  akan beri apa yang anak dia minta jika benda itu baik tetapi jika tidak  baik bahkan membahayakan pastilah si ibu tadi tidak menunaikan permintaan  si anak tadi. Adakah ibu tadi tidak sayang pada anak dia? Tidak begitu,  bahkan sebab sayangkan anak dialah si ibu telah menyekat permintaan si anak  tadi.

Nah! Sekarang kita sudah faham kenapa ALLAH ofer kita supaya minta dari Dia dan Dia pasti akan beri tetapi kadang-kadang kita dapati ada permintaan  kita yang belum kita dapat. Rupanya sebab ALLAH maha mengetahui  sebab-sebabnya. Jadi tidak rugi kalau kita banyakkan doa kerana kalau dapat seronoklah dan kalau belum dapat kita tetap dapat kebaikan dari doa kerana kalau apa yang kita doa tapi tak dapat di dunia ini doa tersebut akan  disimpan untuk kebaikan akhirat.

Beruntunglah kita kerana ALLAH sebagai Tuhan dan Raja kita tidak pernah menghampakan kita. Disamping kita selalu berdoa kita kena juga bersyukur kalau dapat nikmat, bersabar kalau dapat ujian, beristighfar kalau ada buat salah dan beristiqamah dalam berbuat kebaikan.


"Ya Allah bersihkan hatiku dari segala bentuk kemunafikan, riyak, keangkuhan 
dan penuhilah hatiku dengan 
keikhlasan,kejujuran dan kerendahan hati."
Amin Ya Rabbal 'Alamin


No comments:

Post a Comment