KUALA TERENGGANU: Seorang kanak-kanak lelaki ditemui lemas di kuala sungai, belakang Masjid Tengku Tengah Zaharah (Masjid Terapung), petang semalam.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat berkata, pihaknya dimaklumkan mengenai penemuan mayat kanak-kanak itu menerusi panggilan daripada orang awam kira-kira jam 3.20 petang, sebelum enam anggota dikejarkan ke tempat kejadian.
Mayat kanak-kanak itu yang belum dikenal pasti dan dianggarkan berusia 10 tahun, bagaimanapun dibawa ke darat oleh orang awam kira-kira jam 4 petang tadi.
Jurucakap itu berkata, mangsa dipercayai ke kuala sungai itu untuk mandi bersama beberapa rakannya sebelum kemudian dipercayai lemas.
Bagaimanapun akibat panik dan takut, rakan-rakannya dipercayai lari meninggalkan lokasi kejadian.
"Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis hingga dituntut keluarga kanak-kanak berkenaan," katanya.
BH
No comments:
Post a Comment