Pages

Tuesday, 21 October 2014

'PESTA PEGANG ANJING ISU REMEH, SAYA TAK NAK JAWAB' - AZMIN ALI


APABILA sebuah negeri maju telah bertukar menjadi sebuah negeri yang liberal walaupun Menteri Besarnya Melayu dan masih ada Sultan Melayu Islam yang sihat walafiat, namun hakikatnya perkara yang terang-terang ditegah dalam Islam hanya dipandang sepintas lalu.

Menteri Besar Selangor, Azmin Ali berkata program 'I Want To Touch a Dog' dengan aktiviti menyentuh anjing oleh orang Islam adalah isu REMEH.

Ini secara tak langsung mengatakan yang isu hukum hakam, halal haram dalam Islam adalah REMEH. 

Isu umat Islam yang hadir untuk membelai dan pegang anjing secara sengaja juga adalah REMEH.

Lihatlah sendiri perangai sebenar perosak akidah umat Islam. Apabila Islam itu dianggap REMEH oleh pemimpin yang mengaku beragama Islam beginilah jadinya.

Benar! Islam itu mudah tetapi bukanlah untuk dipermudah-mudahkan.

Tepuk dada, tanya iman.






No comments:

Post a Comment