Pages

Saturday, 25 October 2014

PENUMPANG MAS BERSALIN DALAM KAPAL TERBANG


Sebuah pesawat MAS dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Brisbana Australia terpaksa dilencongkan ke Bali selepas salah seorang penumpangnya melahirkan anak.

Pesawat MH135 dari Kuala Lumpur ke Brisbane itu selamat melakukan pendaratan cemas di Lapangan Terbang Antarabangsa Ngurah Rai di Bali selepas seorang penumpangnya melahirkan anak.

Menurut Pengurus Besar Angkasa Pura I di Ngurah Rai, Herry A.Y. Sikado, MH135 mendarat dengan selamat di lapangan terbang pada kira-kira pukul 2.10 petang Jumaat selepas ia meminta lencongan dari laluan asalnya.

Penerbangan mendarat dengan semua 178 penumpang selamat.

Penumpang berkenaan, seorang warga Australia bernama Samual P. Jeyanthi kemudiaanya dibawa ke Hospital Kasih Ibu di daerah Badung, Bali.

"Insiden itu tidak mengganggu operasi lapangan terbang dan jadual penerbangan berjalan seperti biasa, " kata Herry.

Pesawat itu berlepas ke destinasi asal selepas dua jam melakukan pendaratan cemas.

No comments:

Post a Comment