Pages

Monday, 6 October 2014

PENDEDAHAN BERANI FAEKAH HUSSIN BOCOR RAHSIA ANWAR IBRAHIM SEBAGAI PENASIHAT EKONOMI SELANGOR !!!

Sebelum ini, Khalid Ibrahim cuba menyembunyikan fakta sebenar bagaimana Anwar Ibrahim menyalahgunakan wang rakyat Selangor dalam usahanya memuaskan nafsu serakahnya bebas pergi ke luar negara dengan perbelanjaan rakyat.

Berstatus  Penasihat Ekonomi Negeri Selangor, Anwar Ibrahim seringkali bercakap besar kononnya dia boleh membawa masuk pelaburan berbilion-bilion ringgit ke negeri Selangor jikalau dia menjadi Penasihat Ekonomi Negeri Selangor.

Malangnya, sepanjang dia menjadi Penasihat Ekonomi Selangor dan sekalipun mendabik dada dia kenal baik semua orang di dunia ini, haram tak satu sen pun Anwar Ibrahim bawa masuk pelaburan ke Selangor selepas enam tahun menjadi Penasihat Ekonomi Selangor. Dan dia begitu marah apabila Faekah Hussin memansuhkan Pejabat Penasihat Ekonomi yang hanya makan duit rakyat Selangor tanpa menghasilkan keuntungan.

Dengan menggunakan remote control ke atas Azmin Ali, Anwar Ibrahim merebut kembali jawatan yang telah dimansuhkan. Sebabnya mudah, Anwar mahu menggunakan wang RM3.2 bilion yang telah dikumpul daripada peruntukan-peruntukan Kerajaan Pusat yang tidak dibelanjakan oleh Khalid Ibrahim untuk rakyat Selangor.

Dan Faekah Hussin membuka rahsia besar yang sebelum ini hanya kedengaran sayup-sayup!

Azmin Ali tak mahu saman Faekah? Anwar Ibrahim berani ke buat apa-apa kepada Faekah yang banyak tahu kerenah serta penyalahgunaan wang rakyat Selangor demi kepuasan nafsunya?

Sudah tentu tidak, sebaliknya, baik Azmin mahupun Anwar akan cuba buat-buat pekak badak... macam biasa, setiap kali mereka terkantoi!
-Petikan Dari Blog THE FLYING KICK

No comments:

Post a Comment