Pages

Thursday, 2 October 2014

PEMANDU VAN MAUT DIGILIS

Foto

Kuantan: Seorang pemandu van maut dalam keadaan mengerikan apabila anggota badannya hancur digilis lori tangki di Jalan Kuantan-Kemaman berhampiran Balai Polis Gebeng, dekat sini, pagi tadi.

Kejadian kira-kira jam 9 pagi itu, menyebabkan mangsa, Kumar Nadaraja, 37 dari Lorong Seri Kuantan, di sini, meninggal dunia di tempat kejadian. 

Pemangku Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Negeri,Deputi Superintendan Mohamad Noor Ali Yusof berkata, Kumar yang memandu Van Nissan Vanette dalam perjalanan dari arah Kemaman, Terengganu menghala ke bandar ini. 

Namun ketika tiba di tempat kejadian, kenderaan dipandunya terbabas di apabila melalui jambatan Sungai Tungak, di sini, sebelum terbalik di laluan bertentangan.

"Lori tangki milik syarikat FELDA Sdn Bhd yang dipandu seorang lelaki gagal mengelak kenderaan mangsa yang berada di tengah jalan sebelum melanggarnya.

"Mangsa kemudian diheret hampir lima meter hingga menyebabkan anggota badannya hancur dan melekat di tayar kiri lori berkenaan," katanya.
myMetro

No comments:

Post a Comment