Pages

Sunday 26 October 2014

MISTERI KEWUJUDAN PIRAMID BERBENTUK BULAT DI MEXICO !!!



Apakah korang pernah melihat Pyramid dengan bentuk bulat? Mungkin sebahagian korang belum pernah melihat bahkan mengetahuinya, kerana Pyramid bulat ini memang merupakan peninggalan sejarah yang cukup jarang yang berada di Mexico. 


Piramid bulat ini disebut dengan nama Guachimontones, dimana bentuknya tersebut sangat misteri, dan juga penuh dengan misteri. 



Menurut ahli arkeologi, Guachimontones ini dianggarkan dibina oleh Suku Aztec pada tahun 900-400 sebelum masihi, jadi usia piramid bulat ini sudah sangat tua sekali. 

Namun, anehnya, bagaimana boleh para manusia purba membina Guachimontones ini dengan sangat rapi bahkan lingkarannya pun sama besar sehingga sangat indah dilihat. Padahal di zaman dahulu manusia belum mengenal yang namanya teknologi. 

Guachimontones ini diyakini dibina untuk tempat-tempat orang suci kerana letaknya yang jauh dari penempatan dan juga diatas piramid ini terdapat meja dan lubang untuk menanam tiang. 

Namun, Guachimontones ini sudah banyak yang ditumbuhi lumut dan rumput hijau, kerana usianya yang sudah mencapai beribu-ribu tahun. Sehingga sangat sukar untuk melihat bentuk asal dari Guachimontones ini, kerana sekarang Guachimontones mempunyai bentuk yang indah dan terlihat hijau dari kejauhan. 

Setiap tahunnya diketahui ada sekitar 150 ribu pelancong yang berkunjung ke sana dan melihat Guachimontones dengan dekat, serta memotretnya.

sumber  



No comments:

Post a Comment