Pages

Sunday, 26 October 2014

MISTERI KEHILANGAN FATHIA, MENJADI TANDA TANYA

Fathia_Gadis_Hilang
Larkin – Seorang gadis berusia 25 tahun dilapor tidak pulang ke rumah sejak pagi semalam selepas keluar dari rumah ibu saudaranya untuk pergi ke kedai di Larkin, Johor Bahru.
Remaja tersebut, Nur Fathia Idris meminta kebenaran daripada ibu saudaranya sejurus tiba di rumah tersebut selepas dihantar oleh ibunya kira-kira jam 7.30 pagi.
Ibu remaja berkenaan, Fatimah Ismail, 50, ketika dihubungi memberitahu, anak perempuan kedua dari empat orang adik beradik itu tidak menunjukkan sebarang perubahan sikap sebelum dia meninggalkan rumah.
Beliau tidak menafikan memang berlaku sedikit salah faham dalam keluarganya membabitkan remaja berkenaan namun, semua itu tidak mengeruhkan hubungan di dalam keluarga.
“Memang ada sedikit masalah dalam keluarga kami tetapi itu perkara biasa yang bukan penyebab dia untuk tidak pulang ke rumah,” katanya.
Menceritakan mengenai kehilangan anaknya itu, Fatimah berkata, dia dimaklumkan mengenai perkara itu menerusi adiknya, Ruhaida Ismail.
Katanya, adiknya memberitahu bimbang akan keselamatan Fathia yang tidak pulang ke rumah selepas satu jam keluar dengan alasan mahu pergi ke kedai.
“Saya hantar dia ke rumah adik kerana mahu mengunjungi ayah yang kini sedang menerima rawatan di hospital di Singapura akibat masalah komplikasi jantung.
“Buat masa ini kami berusaha mencari Fathia menggunakan saluran media sosial seperti Facebook dan Twitter dengan harapan sesiapa yang mengenalinya dapat menghubungi kami,” ujarnya.
Satu laporan polis juga telah dibuat di Balai Polis Larkin berhubung kehilangan Fathia.
Fatimah menambah, dia turut bimbang dengan keselamatan anaknya itu dengan mendakwa kawasan tempat anaknya hilang bukanlah satu kawasan selamat ekoran kerap mendengar berlaku kejadian jenayah.
Katanya lagi, usaha untuk menghubungi Fathia juga gagal ekoran telefon bimbitnya tidak dapat dihubungi hingga ke hari ini.

No comments:

Post a Comment