Pages

Sunday, 5 October 2014

{UPDATE} IMAM REBAH SELEPAS KHUTBAH RAYA

Imam rebah selepas khutbah raya

SEGAMAT: Imam Surau Taman Sri Kenangan, Hj Mohd Ali Suang, 75 rebah meninggal dunia sejurus selepas habis menyampaikan khutbah raya hari ini di sini.

Cucunya, Ahmad Faris 22 berkata tiada perkara luar biasa terjadi ketika arwah membaca khutbah.

“Setakat ini kami tidak diberitahu apa-apa kejadian diluar jangkaan berlaku semasa arwah menyampaikan khutbah.

“Kami keluarga arwah yang berada di Pulau Pinang mendapat khabar berita ini kira-kira jam 9.30 pagi tadi,” kata Faris yang kini dalam perjalanan ke Segamat bersama keluarganya.

Faris yang juga Pengarang Urusan laman web teknologi Pronomy berkata arwah telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Paya Luas Batu 8, Segamat.

“Arwah telah selamat dikebumikan selepas waktu Zohor tadi,” kata Faris.

Setakat ini punca kematian arwah masih belum diketahui.

Sebelum menjadi imam, arwah bekerja sebagai guru besar  di sekolah SK Felda Tenang Segamat, Johor.
.astroawani.

{UPDATE}
Foto
SOLAT jenazah ke atas Imam Ali Suang (gambar kecil) diadakan di surau Al-Mutadeen.
Segamat: Seorang imam, Ali Suang, 75, meninggal dunia ketika membacakan khutbah Hari Raya Aidiladha di Surau Al-Muhtadeen Taman Seri Kenangan, Batu Anam di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.40 pagi itu arwah dikatakan diserang sakit jantung ketika menyampaikan khutbah dan terduduk di kerusi mimbar menyebabkan jemaah orang membawanya ke ruang tengah surau. 
Jemaah memberikan bantuan kecemasan dan pada masa sama memanggil isterinya di rumah hanya kira-kira 50 meter dari surau itu. 

Sejurus tiba di surau, isterinya memangku Ali sebelum arwah mengucap dua khalimah syahadah lalu menghembuskan nafas terakhirnya.

Kakitangan perubatan Pusat Kesihatan Kecil Batu Anam yang tiba tidak lama kemudian, mengesahkan Ali meninggal dunia.
myMetro

No comments:

Post a Comment