Pages

Monday, 6 October 2014

BOT TEMPUR TLDM "HILANG" DITEMUI, SEMUA TUJUH ANGGOTA TLDM SELAMAT


Selepas lebih 24 jam hilang dalam cuaca buruk, semua tujuh anggota TLDM bersama bot tempur CB 204 ditemui selamat berhampiran KOM Sinar Sakti sebentar tadi.

Menurut Panglima Tentera Laut Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar, kira-kira jam 3.00 petang tadi salah satu kapal yang menyertai misi SAR KD Ganas menerima panggil kecemasan.

"Bos (CB 204) hadapi masalah enjin dan streering gear. Bot berada 20nm SE Stn Uniform... KD Ganas dan KD Lekiu sedang menuju ke posisi Bot untuk menyiasat. Bot berada 7 nm drpd KD Ganas. Tolong doakan Bot selamat." katanya dalam satu tweet sebentar tadi.

Pada Ahad tujuh anggota itu yang berpangkalan di Sepanggar yang dalam perjalanan ke Stesen Uniform berdekatan Pulau Layang-Layang, Labuan dengan menaiki bot tempur jenis CB90 bernombor panji CB204 terputus hubungan, jam 11.00 pagi tadi.

Sehingga kini bot berkenaan masih belum ditemui dan usaha mencari sedang giat dilaksanakan termasuk bantuan dari Kapal Diraja (KD) Lekiu dan KD Serang.

Difahamkan bot CB204 dipercayai berlepas dari pangkalan TLDM Sepanggar ke Stesen Uniform pada jam 5 pagi bersama KD Paus.

Ketika tiba di lokasi kejadian kira-kira 23 batu nautika di Pulau Mengalom, keadaan laut bergelora dan KD Paus membuat panggilan pada jam 10.35 pagi ke pusat operasi di pangkalan TLDM untuk berpatah balik berikutan cuaca tidak mengizinkan.

Bagaimanapun, CB204 gagal dikesan dan hilang dari pemantauan KD PAUS sebelum terputus hubungan pada jam 1.05 petang.

SENARAI ANGGOTA TLDM BERSAMA BOT TEMPUR CB204
1. Leftenan Azri Bakar
2. BK PAP Christopher ak Mani
3. BM TMK Ince ak Evin
4. BM TMK Steven Hudson ak Miso
5. BM JTP Nor Azuan Ariffin
6. LK KOM Sulhajji Daah
7. LK PAP Mohd Azhry Maani

No comments:

Post a Comment