3 kriteria memilih haiwan sembelihan.
1) Haiwan Al-an'am.
Apa itu haiwan Al-an'am? Ia adalah haiwan ternakan berkaki 4. Itik ayam tak termasuk kerana mereka berkaki 2 sahaja. Bagaimana pula dengan kuda? Walau ia berkaki 4, tak ramai yang ternak kuda untuk makan, kebanyakan kuda jadi sebagai tunggangan atau perlawanan. Sebab itu kuda tidak dikira.
Contoh haiwan al-an'am adalah lembu, kambing, biri-biri, kibas, kerbau atau unta
2) Cukup umur.
Biri-biri/kibas: satu tahun lebih
Kambing: 2 tahun atau lebih
Unta: 5 tahun
Lembu/ kerbau: 2 tahun atau lebih
3) Tiada kecacatan.
Haiwan sembelihan mestilah sihat walafiat. Tiada cacat.
Moga dapat membantu semua dalam memilih haiwan sembelihan. Selamat menunaikan ibadah kurban !!!
No comments:
Post a Comment