Rompin: Seorang murid tahun tiga hancur pergelangan tangan kirinya ketika bermain mercun di rumahnya di FELDA Keratong 1, Muadzam Shah, dekat sini, petang semalam.
Menurut sumber, kejadian berlaku kira-kira jam 5 petang itu menyebabkan pergelangan tangan murid berkenaan hancur apabila mercun yang dipegangnya meletup sebelum sempat dibalingnya.
Ibu mangsa berusia 30-an yang mendengar jeritan anaknya segera keluar ke depan rumah sebelum melihat murid berkenaan terbaring.
Mangsa yang parah di pergelangan tangan kiri segera dihantar ke Hospital Muadzam Shah untuk rawatan susulan sebelum dirujuk ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan.
Keadaan murid berkenaan dilaporkan stabil namun kemungkinan kehilangan pergelangan tangannya kesan daripada letupan mercun terbabit.
Difahamkan, mangsa kini berada di unit rawatan rapi (ICU) HTAA.
{UPDATE}
KUANTAN - Seorang kanak-kanak lelaki hilang lima jari tangan kiri akibat mercun yang dijumpai di luar rumah meletup tengah hari kelmarin.
Mohammed Haziq Syahmi Saharnizam, 9, dari di Felda Keratong 1, Rompin, kini dalam keadaan stabil selepas menjalani pembedahan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), di sini, lewat petang kelmarin.
Ibu mangsa, Zaiton Ismail, 39, berkata, ketika Kejadian kira-kira jam 12 tengah hari kelmarin, dia sedang memasak di dapur, manakala mangsa sedang bermain bersama adiknya yang berusia 5 tahun di luar rumah.
“Tiba-tiba saya terdengar bunyi letupan kuat dan anak saya berlari menunjukkan tangan kirinya berlumuran darah.
“Saya terus memanggil ayah saya di luar rumah lalu menghantar anak ke klinik kesihatan Bandar Tun Razak, Muadzam Shah dan kemudiannya dipindahkan ke HTAA,” katanya ketika ditemui media di sini semalam.
Menurutnya, dia tidak tahu bagaimana anaknya memperoleh mercun tersebut kerana mereka memang tidak menyimpan barang berbahaya seperti itu dalam rumah.
“Lebih-lebih lagi anak saya ini seorang yang aktif membuatkan kami sentiasa berhati-hati. Tetapi malang tidak berbau, kejadian ini berlaku sekelip mata tanpa disangka-sangka,” katanya.
Sementara itu, bapa mangsa, Saharnizam, 48 berkata, dia kesal dengan penularan gambar anaknya yang cedera itu di media sosial.
“Tidak wajar gamba anak saya itu tersebar. Boleh dikatakan ia seumpama satu viral di Facebook dan Whatsapp.
“Keadaan ini sedikit sebanyak membuatkan kami sekeluarga tertekan dan saya mohon agar perkara ini tidak diperbesarkan lagi,” katanya.
Tambahan pula, dia juga kecewa dengan kenyataan tidak benar serta ditokok tambah dalam sebaran tersebut.
Dalam pada itu, Pengarah Kesihatan Pahang, Datuk Dr Norhizan Ismail berkata, mangsa masih menerima rawatan susulan di HTAA bagi memastikan tiada sebarang komplikasi atau jangkitan kuman pada lukanya.
“Kita mengambil masa sekurangnya dua jam melakukan pembedahan bagi merawat kecederaan yang dialami mangsa namun semua lima jari tangan kirinya tidak dapat diselamatkan kerana sudah hancur.
“Setakat ini kita akan memantau tahap kesihatan mangsa dan seterusnya memastikannya menghadiri sesi rehabilitasi apabila sembuh nanti,” katanya. - SH

No comments:
Post a Comment