Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu didakwa memperlekeh prestasi golongan ulama dalam Pas apabila diminta menaik taraf prestasi mereka agar kekal relevan.
Beliau berkata, ini juga bagi mengelakkan masyarakat berasa jemu dengan kepimpinan golongan tersebut.
"Golongan ulama dalam Pas kena 'upgrade' supaya tidak hanya bergantung kepada slogan. Sekarang orang nak lihat prestasi, jadi kita kena naik taraf.
"Kalau mahu cakap tentang prestasi mereka dalam Pas, kena pertingkatkan lagi baru ulama dilihat relevan. Lebih-lebih lagi sekarang banyak anak muda sertai DAP," katanya ketika ditemui selepas merasmikan Muktamar Pemuda Pas ke-55, di Kota Tinggi semalam.
Menurut beliau, kebimbangan tersebut dilahirkan berdasarkan situasi yang pernah dialami di Turki dengan kemunculan pemimpin sekular, Mustafa Kamal Ataturk.
"Kebimbangan itu besar kerana bila orang jemu dengan golongan agama, maka akan muncul orang seperti Ataturk. Di Turki, rakyat memilih Ataturk kerana jemu dengan pemerintahan khalifah sebelum itu.
"Akibatnya, bukan mudah Turki mahu membendung sekularisme yang ambil masa 100 tahun. Di Malaysia mungkin belum sampai tahap itu tapi lebih baik kita suarakan kebimbangan itu dulu," katanya.
Bagaimanapun, beliau menafikan teguran tersebut sebagai mempertikaikan sumbangan golongan ulama kepada Pas.
"Saya bukan pertikaikan mana-mana ulama dalam Pas. Ini cuma peringatan biasa," katanya.

No comments:
Post a Comment