Pages

Thursday, 11 September 2014

TIADA LANTIKAN MB BARU JUMAAT INI- KHALID


SHAH ALAM 10 Sept - Menteri besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menangkis dakwaan dan khabar angin yang tersebar melalui media sosial bahawa seorang menteri besar baru akan mengangkat sumpah pada hari Jumaat ini bagi menggantikan kedudukannya.

Khalid berkata, prosedur perlantikan menteri besar baru biasanya akan mengambil masa yang tertentu bagi memberi ruang untuk mengatur upacara tersebut selain melibatkan jemputan rasmi bagi individu yang terlibat.

"Saya tiada komen. Semua ini kalau dilakukan ia akan ikut beberapa proses tertentu.

"Kepada kebiasaannya tradisi Selangor ada jemputan bertulis dari istana untuk jemput orang-orang hadir dan ia beri ruang masa serta tak perlu ada spekulasi," katanya kepada pemberita dalam sidang media selepas mesyuarat Exco di sini hari ini.

Khalid menambah, pihak Istana juga masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung dakwaan tersebut.

Sementara itu, Khalid turut menolak untuk mengulas lanjut mengenai pengganti beliau kerana beranggapan ia bakal mengelirukan banyak pihak.

Katanya, beliau menyerahkan kepada Sultan Selangor, DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah untuk membuat pilihan dan keputusan untuk menggantikan beliau.

"Tentang pemilikan MB, kita dinasihatkan supaya tak buat apa-apa kenyataan kerana akan mengelirukan.

“Kita dinasihati supaya beri ruang dan usaha ke Tuanku Sultan melalui pejabat istana negeri melaksanakan perkara ini dengan tertib dan teratur.

"Jadi, saya rasa kebijaksanaan dan kesabaran tuanku patut beri kepercayaan dan saya harap perkara ini dapat selesai dengan baik dan utamakan keutamaan kepentingan Selangor," ujarnya.

No comments:

Post a Comment