Pages

Tuesday, 30 September 2014

SHALWATI DIBEBASKAN, DAPAT BERAYA BERSAMA KELUARGA DI MALAYSIA

Azizul dan Shalwati terpaksa terus meringkuk dalam tahanan hingga selesai perbicaraan.
30 SEPT: Shalwati Nurshal dibebaskan selepas menjalani hukuman apabila disabitkan bersalah kerana memukul anak-anaknya ketika di Sweeden.
Dia dijangka pulang ke Malaysia pada Rabu dan sudah pasti dapat beraya bersama keluarga pada hari raya Aidiladha Ahad ini.
Shalwati Nurshal, 46 isteri kepada Pengarah Tourism Malaysia di Stockholm, telah dibebaskan daripada tahanan di Sweden sekitar 9.40 pagi waktu tempatan (pukul 3 petang waktu Malaysia).
Dia telah ditahan di penjara wanita Hinseberg, perbandaran Frvi, kira-kira 200km dari Stockholm, Sweden.
Ketika tiba di Kedutaan Malaysia di Stockholm, dia telah bertemu dengan Duta Malaysia ke Sweden, Datuk Badruddin Abdul Rahman.
Menceritakan pengalamannya kepada duta, Shalwati berkata pengalamannya adalah sesuatu yang menginsafkan.
“Anda lebih menghargai kehidupan anda. Adalah sesuatu yang baik apabila dapat keluar, Alhamdulillah,” katanya.
Suami Shalwati, Azizul Raheem Awalluddin, pengarah Tourism Malaysia di Stockholm juga dijatuhi hukuman penjara 10 bulan pada 28 Mac oleh Mahkamah Daerah Solna.
Namun dia dibebaskan pada bulan Julai.
Mahkamah yang sama menjatuhkan hukuman 14 bulan penjara terhadap Shalwati.
Dengan mengambil kira tempoh tiga bulan yang telah dilalui oleh pasangan ibu bapa itu dalam tahanan semasa perbicaraan, ditambah pelepasan awal untuk tingkah laku yang baik, kedua-dua mereka masing-masing dipenjarakan kira-kira tiga dan enam bulan.
Mahkamah juga mengarahkan Shalwati dan Azizul masing-masing membayar 67,200 SEK (RM33,900) dan 36,400 SEK (RM18,362) kepada anak-anak mereka.
Embedded image permalink

No comments:

Post a Comment