Pages

Thursday, 4 September 2014

PRK #PENGKALANKUBOR : TOK GURU PONDOK KAMPUNG GENTING YAKIN DENGAN BN


Tok Guru dan pengasas pondok  Madrasah An-Najmiah, Kampung Genting Tumpat Abdullah Sa’mah (kanan sekali) berharap BN menang dalam pilihanraya kecil Dun Pengkalan Kubor 25 September ini.

Ia bagi meneruskan legasi penyandangnya, Allahyarham Datuk Noor Zahidi Omar yang meninggal dunia pada 20 Ogos lalu.

Menurut Abdullah, di bawah pemerintahan BN yang diterajui Allahyarham Noor Zahidi, banyak jasanya membangunkan DUN Pengkalan Kubor termasuk membantu perkembangan agama apabila RM2 juta diperuntukkan untuk membina pondok moden empat tingkat di Kampung Geting.

“Saya selaku mudir di pondok ini rasa bangga dan yakin pada BN, sokongan daripada Allahyarham Datuk Noor Zahidi dan kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak jelas meletakkan agama Islam pada tahap yang tinggi sekali,” katanya.

Menurutnya, beliau menamakan pondok ini dengan nama jolokan pondok BN sebagai sokongannya pada parti itu.

Pondok Madrasah An-Najmiah, Kampung Geting menerima peruntukkan RM2 juta melalui Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) sebagai janji Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin membangunkan pondok itu.

Pondok ini berubah wajah menjadi pondok moden dengan bangunan empat tingkat yang dilengkapi dengan bilik kuliah dan asrama siap pada 2013 serta dihuni kira-kira 30 pelajar. Pembinaannya bermula pada 2002.

Kerusi DUN Pengkalan Kubor kosong berikutan kematian penyandangnya, Noor Zahidi Omar, 57, meninggal dunia akibat kanser hati di Morden Hospital GuangZhou, China pada 20 Ogos.

Pada PRU13 lalu, Allahyarham yang mewakili BN menewaskan calon PKR, Saharun Ibrahim dan calon Bebas, Izat Bukhary Ismail Bukhary dengan majoriti 1,736 undi.

Berikutan itu, PRK bagi Dun itu akan diadakan pada 25 September ini.

No comments:

Post a Comment