Pages

Wednesday, 10 September 2014

NAFI KELUAR MESEJ SEKATAN PERJALANAN KEKUAR NEGARA



KUALA LUMPUR - Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menafikan ia mengeluarkan kenyataan mengenai sekatan perjalanan keluar negara yang tersebar di media sosial sejak beberapa hari lepas.


LHDN dalam kenyataan hari ini berkata mesej itu adalah palsu, yang disebarkan oleh pihak  tidak bertanggungjawab.

Orang ramai juga dinasihati supaya tidak mudah mempercayai sebarang mesej melalui media sosial yang tidak mempunyai sumber sahih dan kemudian menyebarkannya sebelum pengesahan dilakukan dengan  LHDN.

"Sekatan Perjalanan Keluar Negara hanya berkuat kuasa di pintu keluar antarabangsa sahaja. Ini bermaksud pembayar cukai yang dikenakan sekatan ini masih bebas mengatur perjalanan mereka dalam negara (domestik) antara Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak," katanya.

LHDN berkata pembayar cukai boleh membuat semakan terus status pengenaan Sekatan Perjalanan Keluar Negara melalui laman web rasmi Jabatan Imigresen Malaysia di pautan http://sspi2.imi.gov.my/. - Bernama

No comments:

Post a Comment