Pages

Saturday, 27 September 2014

LELAKI HINA POLIS ‘MONYET’ DITAHAN AWAL PAGI TADI

Polis Monyet

Melaka – Seorang jurujual kereta ditangkap polis pagi ini kerana didakwa menghina anggota polis trafik dengan memanggil mereka ‘monyet’ melalui Facebook, lapor Harian Metro.

Lelaki berusia 32 tahun itu ditahan reman selama tiga hari selepas ditahan di rumahnya di Taman Cheng Utama, Melaka, hanya selepas tengah malam hari ini berikutan laporan polis terhadap posting Facebook beliau.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka ACP Raja Shahrom Raja Abdullah dilaporkan berkata telefon bimbit suspek yang dipercayai digunakan untuk memuat naik posting itu juga dirampas.

Menurut screenshot, pengguna media sosial itu didakwa menulis: Mereka “monyet” sedang mencari pendapatan tambahan…. pls berhati-hati di Melaka raya berhampiran bank Standard Chartered”.

Akhbar itu melaporkan laporan polis dibuat terhadap pengguna Facebook yang dikenali sebagai Kent Tan, apabila orang ramai mendakwa posting itu menghina pasukan polis.

Siasatan mendedahkan posting itu dibuat tidak lama selepas dua polis trafik menghentikan kereta yang dipandu suspek di Taman Melaka Raya semalam sebelum tengah hari.

ACP Raja Shahrom dilaporkan berkata bahawa posting itu kemudian dimuat naik pada kira-kira 11:30 hari yang sama.

No comments:

Post a Comment