Pages

Tuesday, 23 September 2014

JANGAN KELIRUKAN RAKYAT DENGAN GST DEMI RAIH UNDI

PENGKALAN KUBOR: Tinggal lagi 2 hari lagi bagi pengundi di sini untuk memilih wakil rakyat mereka berikutan kematian Adun BN, Datuk Noor Zahidi Omar baru baru ini.
Suasana yang agak hambar dalam siri kempen Pas menyebabkan Pas dilihat begitu terdesak dan terpaksa menghangatkan kembali isu-isu yang sudah sekian lama dijawab oleh Kerajaan Pusat seperti bantuan Kerajaan Pusat kepada Kerajaan Kelantan dan juga isu royalti minyak.
Kedua isu tersebut tidak mendapat sambutan pengundi Pengkalan Kubor.
Kini, Pas mulakan langkah memutarbelitkan isu GST, Cukai Barangan dan Perkhidmatan yang akan dilaksanakan tahun depan. Kononnya GST bakal menyebabkan rakyat hidup susah kerana semua barangan keperluan akan naik mendadak bila GST dikenakan ke atas petroleum.
Penceramah-pencemah Pas hampir setiap malam ‘menakutkan’ pengundi di sini dan menyeru agar tunjukkan protes tolak GST dengan mengalahkan Calon BN.
Justeru itu, langkah serius diambil oleh Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan untuk menerangkan kepada pengundi bahawa kerajaan belum membuat sebarang keputusan sama ada akan mengenakan GST ke atas bahan api terbabit.
“Perkara ini sudah banyak kali kita jelaskan. Mengapa pihak pembangkang masih cuba memainkan isu itu,” katanya.
 Tambah beliau lagi, kenapa pembangkang hanya memberi tumpuan kepada perkara itu semata-mata sedangkan banyak barang yang telah diturunkan kadar cukainya termasuk pakaian dan barangan elektrik.
“Kenapa mereka hanya melihat GST dari satu sudut sahaja. Kenapa tidak sebut contoh-contoh barangan yang diturunkan kadar cukainya,”
Pas didesak lebih rasional dan menghentikan tohmahan berhubung pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan ke atas bahan api agar tidak mengelirukan pengundi pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Pengkalan Kubor.
  • GSTmalaysiainfo news team

No comments:

Post a Comment