Walaupun bekas wakil rakyat, arwah Dato Di seorang yang sangat disayangi oleh rakyat Pengkalan Kubor (BN hanya MENANG di DUN Pengkalan Kubor sahaja, kerusi Parlimen dan lain-lain DUN milik PAS), namun seperti yang dijangka suara-suara sumbang yang mempersoalkan jasa dan sumbangan arwah masih lagi kedengaran. Biasalah, kalau sehari tidak memaki orang lain, puak-puak ini boleh gatal-gatal satu badan.
Di bawah ini kami senaraikan hanya beberapa projek HIGH IMPACT yang telah dilaksanakan sepanjang tempoh perkhidmatan arwah Dato Di dan BN di DUN Pengkalan Kubor:
SENARAI PROJEK HIGH IMPACT YANG DIPERJUANGKAN OLEH ARWAH DATO DI SEMASA ZAMAN PEMERINTAHAN ARWAH DI
PENGKALAN KUBOR.
PENGKALAN KUBOR.
Maktab Rendah Sains Mara (MRSM).
Kos Projek - 67.0 Juta
Lokasi - Tujoh
Tarikh Mula - 25 September 2006
Tarikh Siap - 26 Ogos 2009
Impak Projek - Bil.Pelajar 778 Orang
- Bil.Guru 59 Orang
- Bil.Bukan Guru 31 Orang
- Bil.Kelas 28
Jalan Kesban Pengkalan Kubor.
Kos Projek - 58.6 Juta
Lokasi - Pengkalan Kubor
Tarikh Mula - 12 September 2004
Tarikh Siap - 10 Mac 2007
Pengkalan Kastam Pengkalan Kubor.
Kos Projek - 12.3 Juta
Lokasi - Pengkalan Kubor
Tarikh Mula - 1 April 2006
Tarikh Siap - 15 Ogos 2010
Impak Projek - Pungutan Cukai Jan-Sep 2014
Pusat Pengumpulan, Pemprosesan & Pembungkusan (CPPC) Produk Berasaskan Ikan.
Kos Projek - 5.06 Juta
Lokasi - Pengkalan Kubor
Tarikh Mula - 15 September 2011
Tarikh Siap - 29 November 2012
Impak Projek. - Membantu memperkembangkan dan meningkatkan lagi mutu kerja para nelayan.
Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Tumpat.
Kos Projek - 3.0 Juta
Lokasi - Pengkalan Kubor
Tarikh Mula - 1 Januari 2006
Tarikh Siap - 27 Disember 2010
Impak Projek - Mengurangkan risiko kejadian banjir di jajahan Tumpat.
Masjid Kubang Sawa.
Kos Projek - 1.6 Juta
Lokasi - Kg Bendang Pak Yong
Tarikh Mula - 28 Januari 2010
Tarikh Siap - 31 Mac 2011
Impak Projek - Memberi keselesaan kepada jemaah utk beribadat.
Projek Penapis Air 1 Malaysia.
Kos Projek - 0.2 Juta
Tarikh Mula - 10 Ogos 2012
Tarikh Siap - 22 November 2012
Impak Projek - Memberi bekalan air bersih kpd 500 penduduk Kg Tualang & Kg Dedap
Ini baru sebahagian. Dan ada banyak lagi yang akan menyusul jika BN KEKAL di Dun Pengkalan Kubor. Tidak perlulah bertegang leher dan memaki hamun untuk pertahankan parti anda, kami hanya minta PAS agar senaraikan pula senarai projek untuk rakyat (bukan untuk kroni) bagi kesemua DUN lain di Parlimen Tumpat, termasuklah projek peringkat Parlimen. Boleh?!!
Cr : MyMassa
No comments:
Post a Comment